Pemuda gigih kongsi peranti canggih kesan kucing kuat merayap, komen netizen pula jadi tumpuan

A
A
A

BUAT pencinta kucing, kehilangan si bulus pastinya membuatkan mereka runsing, malah sampai tahap tidak boleh lena tidur dibuatnya.

Mana tidaknya, si comel yang dibela penuh kasih sayang sejak kecil dan berbulu gebu tidak dinafikan sentiasa menjadi perhatian orang.

Sayang sekali jika diambil atau terambil orang gara-gara keluar rumah 'mencari pasangan' ketika musim mengawan.

airtage kesan kucing suka merayap

Pun begitu, perkongsian seorang pemuda dalam akaun TikTok miliknya memberikan idea bernas buat orang ramai yang berdepan masalah sama.

Video pendek yang dikongsikan @izzatbadleeshah menjadi perhatian ramai warganet sehingga menerima lebih 3.9 juta jumlah tontonan.

Dalam video itu, Izzat Badlee Shah menyarankan penggunaan alat pengesan AirTag keluaran Apple bagi mereka yang mempunyai kucing jenis suka merayap.

"Highly recommended untuk kucing yang kaki merayap ," katanya.

@izzatbadleeshahHigly recommended untuk kucing yang kaki merayap ? ##fyp##fypシ

♬ Dj BonBon Remix - ????? || • ??

Selain berkongsikan saiz yang kecil, simple dan mampu milik, Izzat Badlee Shah juga menulis beberapa kelebihan peranti comel itu.

Antaranya, bateri boleh bertahan hingga 6 bulan selain kalis air dan debu.

Baca juga Smartwatch selamat nyawa pemuda, hubungi ambulans, keluarga selepas dilanggar lari

Bentuk AirTag yang ringan dan bulat pula dilihat sesuai dijadikan kalung kucing, malah beratnya pun macam gula-gula.

Bagi mereka yang bimbang jika AirTag tersebut dicuri orang, Izzat Badlee Shah memberitahu, disebabkan peranti itu hanya connect dengan aplikasi Find My Iphone dan Apple ID sahaja.

airtage kesan kucing suka merayap

"Jadi, orang lain tak boleh curi kerana satu AirTag untuk satu Apple ID saja," katanya.

Pemuda itu juga menunjukkan cara mengguna peranti tersebut untuk mengesan kucing kesayangannya yang dipanggil dengan nama Man.

Baca juga Tip terbaik untuk peminat Apple yang membeli iPhone terpakai. Kenali set retail dan refurbished

Jika dilihat video tersebut, memang mudah untuk mencari kucing dengan dua cara iaitu bunyi penggera atau penunjuk arah di mana si bulus berada. Mudah bukan?

Sementara itu, komen-komen netizen yang mengikuti perkongsian video tersebut memang tidak pernah mengecewakan.

Malah, terdapat komentar yang mahu memasang peranti itu pada suami yang kerap hilang.

airtage kesan kucing suka merayap

airtage kesan kucing suka merayap

airtage kesan kucing suka merayap

Tidak kurang mengucap panjang apabila mendengar nama peranti tersebut.

airtage kesan kucing suka merayap

airtage kesan kucing suka merayap

Mesti kucing membawang pasal brand Apple. ??

airtage kesan kucing suka merayap

airtage kesan kucing suka merayap

Risau juga AirTag kena curi.

airtage kesan kucing suka merayap

Memang sesuai untuk si Oyen saja sebab kerap merayap.

airtage kesan kucing suka merayap

Takut orang buang kalung, bawa lari si kucing.

airtage kesan kucing suka merayap

Apapun, komen netizen memang menghiburkan.

Sanggup beli hanya kerana mahu letak peranti dekat suami dan kekasih. ??

Buat mereka yang mampu dan mempunyai masalah kucing asyik hilang, bolehlah cuba pendekatan tersebut.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Semuanya terpulang kepada tuan badan itu sendirikan? Memang lumrah hidup si bulus suka berjalan-jalan di kawasan orang.

Bagi pengalaman penulis sendiri, sejauh mana sekali pun si manja itu pergi, pasti akan pulang juga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca