KUNCI bahagia sesebuah rumah tangga adalah apabila suami isteri saling mempercayai antara satu sama lain, selalu mengambil berat dan tidak menyembunyikan sesuatu daripada pasangan.

Isu seperti rumah tangga berantakan, pasangan curang dan pelbagai masalah berkaitan hubungan suami isteri sepatutnya tidak perlu dihebahkan di dada akhbar mahupun dimuat naik ke media sosial.

Baru-baru ini, isteri kepada pelakon aksi terkenal, Adam Corrie telah memberi pesanan yang ‘deep’ untuk suaminya dan sesuai untuk dijadikan rujukan untuk kita semua.

Fazema Mohd Fuad atau mesra dipanggil Fazi antara lain meminta suaminya tidak melayan jika didatangi rakan, mahupun peminat wanita yang ingin berkongsi masalah dengan lelaki kesayangan beliau.

Baca ni ‘Suami tunggu dalam kereta jaga anak.’ MUA Bellaz kenang kembali kesusahan masa mula berkahwin

“Isteri selalu pesan kepada saya, kalau ada anak gadis, wanita bujang, janda ataupun isteri orang yang suka bercerita masalah cinta ke atau rumah tangga, elakkan melayan sangat. Tak kisahlah peminat ke, ataupun rakan. Takut mereka salah faham, ingat kita suka kepada mereka.

“Isteri saya juga berkata, perempuan ini kalau lelaki cakap lembut, ambil berat sikit, mulalah perasan.

“Bukan semua, tetapi segelintir sahaja. Jadi, takut terkena yang segelintir nanti jadi parah,” kongsi Adam Corrie tentang mesej yang disampaikan Fazi kepadanya melalui laman Facebook beliau baru-baru ini.

Adam turut mengakui, dirinya pernah menghulurkan bantuan apabila ada pihak yang meminta berbuat demikian.

Begitupun, timbul masalah lain pula sehingga terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak polis.

“Banyak kali berlaku, saya ada tolong selesaikan masalah putus cinta, ada yang minta tolong bagi duit susu anak, mahu tumpang di rumah dan macam-macam isu lagi.

“Akhirnya, individu tersebut jadi stalker. Mesej yang pelik-pelik dan menakutkan. Jadi, saya terpaksa ambil tindakan dengan membuat laporan polis.

“Sebab itu, jika ada wanita yang mahu bergambar berdua, saya cuba elakkan. Bukan sombong, takut jadi fitnah. Saya selalu ajak isteri untuk mengambil gambar bersama,” ujar bapa kepada Adam Fateh Lee ini lagi.

Ujar selebriti itu lagi, jika mana-mana wanita yang mahu berkongsi masalah, sebaiknya pilih saluran yang betul.

“Kita hidup biar berpada-pada. Jika ada masalah, cari tempat yang betul untuk mengadu. Jangan mencari artis atau orang yang berlainan jantina. Ini bahaya.

Iklan

“Sebaiknya, rujuk terlebih dahulu masalah tersebut kepada mereka yang lebih pakar. Itulah cara saya lakukan setiap kali ada yang menghampiri untuk meminta bantuan.

“Saya sendiri, hanya boleh mendengar sahaja dan bagi beberapa nasihat. Lebih-lebih memang tidak boleh,” ujar Adam sambil berkata syaitan sentiasa mencari ruang untuk mengajak manusia melakukan perkara yang tidak baik.

Adam dalam nada tegas juga meminta warga maya tidak menggunakan alasan kononnya lelaki boleh berkahwin hingga empat orang.

“Tidak kelakar jika ada yang komen sebegini. Sila jaga adab apabila komen. Jaga hati semua orang,” tegasnya lagi.

Iklan

Perkongsian Adam meraih perhatian ramai apabila rata-rata warga maya menyokong apa yang disampaikan oleh Fazi kepada suaminya itu.

Bahkan, ada yang memuji sikap lelaki itu yang berusaha ambil berat dan menjaga keharmonian rumah tangga untuk terus kekal bahagia selamanya.

Sumber: ADAM CORRIE

Baca lagi [VIDEO] ‘Pergi haji atau ke New York Fashion Week?’ Gelagat jemaah wanita balik dari Tanah Suci ‘melaram’ dalam pesawat raih perhatian!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan