SHEBBY Singh atau nama sebenarnya Serbegeth Singh merupakan bekas pemain bola sepak negara.

Shebby meninggal dunia jatuh setelah pengsan dipercayai akibat sesak nafas ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri di Johor, kira-kira jam 7.30 malam.

Sebagai wajah dan suara yang popular di saluran televisyen Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu, pemergiannya menyentuh hati rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak.

Berikut 10 fakta mengenai Shebby Singh:

1. Shebby dilahirkan di Kluang, Johor pada 20 Ogos 1960.

2. Beliau merupakan pemain bola sepak mewakili Malaysia bermain bola sepak antarabangsa dan domestik, termasuk tiga Sukan Asia dari 1978 hingga 1996.

3. Merupakan bekas kapten Kuala Lumpur F.A dan pernah membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari tahun 1987 hingga 1989.

4. Selepas bersara, beliau kekal dalam industri dengan menyumbang jasa sebagai jurulatih

5. Pencapaian profesional lain mendiang adalah termasuk berkhidmat sebagai penasihat teknikal kepada kelab Liga Super Malaysia Melaka TMFC.

6. Shebby juga pernah menjadi penasihat global Blackburn Rovers F.C.

7.  Shebby juga merupakan penasihat teknikal juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) dari 2014 hingga 2015.

8. Dia juga memainkan peranan sebagai jurulatih di MyTeam, sebuah siri realiti TV yang disiarkan di saluran TV3. Difahamkan rancangan itu melahirkan ramai bintang baru.

9. Shebby Singh menjadi pengulas bola sepak dengan penyiar  ESPN Star Sports.

10. Pemergian Shebby meninggalkan isteri, Harbans Kaur dan dua orang cahaya mata iaitu Natassha Kaur dan Sonuljit Singh.

Baca juga: Mokhtar Dahari dikenang, 89 jaringan gol diiktiraf FIFA

Ketika berita pemergian Shebby tersebar, beberapa personaliti Malaysia, peminat dan rakan-rakan berkongsi rasa kehilangan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari merakamkan takziah kepada rakan dan keluarga Serbegeth dengan penghormatan.

“Takziah diucapkan kepada keluarga dan sahabat kepada Serbegeth Singh atau dikenali sebagai Shebby yang meninggal dunia hari ini.

Iklan

“Mendiang merupakan bekas pemain pertahanan pasukan kebangsaan serta pengulas bola sepak yang terkenal.”

Sementara itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin tidak ketinggalan mengenang persahabatannya dengan Shebby.

Khairy merupakan salah seorang pencipta dan penerbit eksekutif konsep MyTeam membuat hantaran Insta story dengan kapsyen yang menyentuh hati.

“Rehatlah, Shebby. Alangkah indahnya perjalanan kita bersama, akan sentiasa merinduimu sahabat.”

Iklan

Baca juga: Ke mana tumpahnya kuah? Irfan, Ikhsan, Ilhan ikut jejak langkah Fandi Ahmad jadi bintang bola sepak

Selain itu, pelbagai pihak memberikan penghormatan buat mendiang atas dedikasinya terhadap sukan negara.

Baca juga Sultan Selangor Berkenan Beli Kasut Emas Milik Khalid Jamlus, Dipamer Di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!