Perkongsian kisah benar pengalaman pesakit Covid-19
VIRUS Covid-19 mula dikesan di Wuhan, China pada sekitar Disember tahun lalu. Sejak itu telah menular secara meluas ke negara-negara lain di seluruh dunia.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram (IG) milik Adnan Faisal yang merupakan salah seorang pesakit Covid-19, dia tidak menyangka selepas bersalaman dengan saudara yang positif ketika majlis akad nikah abangnya menjadi punca dia positif dijangkiti virus tersebut.
Disebabkan kejadian itu, dia telah dimasukkan ke hospital dua hari selepas mengalami demam panas sejak 10 Mac.
Menurut Adnan, virus tersebut sangat mudah berjangkit terutama melalui sentuhan.
“Saya bersalaman dengan dia. Kemudian terus makan tanpa cuci tangan. Itulah malangnya sebab belum ada kesedaran dan pendedahan tentang Covid-19.
"Jangan ambil ringan ya guys. Jangan berhimpun di luar. Jangan suka keluar. Dah kena tak boleh keluar,” kongsinya di IG miliknya.
Adnan turut mendedahkan ahli keluarganya kini sudah 10 orang yang dijangkiti wabak berbahaya tersebut.
"Perkembangan terkini, 10 orang positif. Seorang sedang sarat mengandung dan seorang lagi ada tiga anak kecil.
"Bayangkan betapa senangnya virus ni merebak. Kerana seorang, 10 orang kini dah pasti positif sekarang, " tulis Adnan.
Adnan meluahkan rasa perit ketika perlu menerima rawatan sebagai pesakit covid-19 kerana terpaksa berpisah dengan ahli keluarga dan orang tersayang.
"Hari pertama. Peritnya Covid-19 ni bukan pada sakitnya. Tapi bila terputusnya hubungan dengan orang yang kita sayang. Mungkin kita terlampau sayang selain dari Nya.
"Ya Allah yang Maha Penyayang. Angkatlah wabak ini. Kami serah diri zahir dan batin ya Allah. Kami tak mampu walau kepada sekecil kecil virus. Amin ya Rabb!
"Minta semua ikut arahan kerajaan ya. Jangan keluar melainkan hal yang penting. Sebelum nanti kita tak boleh keluar terus dan jumpa orang yang kita sayang," tulisnya lagi.
Semoga Adnan dan keluarga cepat sembuh untuk menjalani kehidupan seperti sediakala.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang