Pesakit kanser otak mohon doakan ibu serta anaknya yang kini berdepan dugaan berat
SUDAH jatuh ditimpa tangga. Itulah perumpaan yang boleh dikatakan sedang menimpa ibu muda ini, Azlezan Mohd Yusof.
Wanita berusia 36 tahun ini disahkan menghidap kanser itu sejak 2016 selepas mengalami strok otak.
Hari ini, beliau memohon semua mendoakan kesembuhan buat bonda tercinta, Rabinah Zaini yang sedang diuji dengan ujian berat di mana tidak boleh membuang air besar mahupun kecil.
Ia mengakibatkan perutnya membesar dan sakit, najis dan air telah melimpah keluar dari usus.
Kata beliau, mereka sekeluarga ditimpa musibah dengan pelbagai ujian yang telah Allah berikan.
"Dalam masa yang sama, Kak Yan diuji lagi dengan kesihatan anak sulung, Siti Norhanisah Zainal Abidin, di mana baru-baru ini dia terkena muntah-muntah, cirit-birit dan pitam selain tak nak makan, mahupun ketawa seperti dulu."Kak Yan ingatkan dia keracunan makanan sehingga empat hari tidak dapat bangun. Apabila bawa ke klinik, doktor minta dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dirujuk doktor pakar bahagian mata, kerana matanya bengkak,dan berurat-urat merah.
"Setelah diperiksa oleh doktor pakar mata, anak Kak Yan kena segera buat cermin mata kerana matanya telah rosak dan kabur.. cahaya matahari, TV, telefon dan lampu tidak dapat dilihat dan jika dia bangun.. dia pening dan pitam," ujarnya yang membahasakan diri sebagai Kak Yan.
Menurutnya, hari ini hari ke sembilan anaknya yang berusia 14 tahun itu tidak sihat.
"Sudah seminggu tidak dapat hadir kesekolah. Sepanjang tempoh PKP lalu juga, anaknya itulah yang membantu tiga lagi adik lain menyiapkan kerja sekolah."Anis (nama panggilan) terpaksa buat kerja-kerja sekolah sehingga lewat jam 1 hingga 2 pagi setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad kerana apabila jam 10 malam keatas, barulah akses internet laju berbanding siang hari,jadi membuatkan mudah dia melakukan kerja sekolah sebelah malam sehingga ke pagi," katanya.
Katanya lagi, sepanjang hari Siti Norhanisah terpaksa uruskan dirinya kerana terlantar akibat kanser otak serta adik-adik dan dia terpaksa mengemas, membasuh, memasak juga siapkan segala kerja rumah terlebih dahulu sebelum mulakan pembelajaran pada setiap malam.
"Dia tak cukup tidur dan rehat.. Maafkan ibu sayang, kerana awak terpaksa memikul kesemua beban dan sepatutnya ibu yang perlu lakukan, apakan daya upaya Allah subhanahu wata'ala telah memberikan kita ujian tahap kesihatan buat kita semua, semoga Allah mempermudahkan segala urusan bagi kita semua, aaminn aaminn aaminn ya Rabbal Alamin."Sabtu lalu kami berpeluang berjumpa bonda tercinta di Perak yang sedang bertarung dengan sakitnya, kami sekeluarga berhimpun untuk majlis bacaan Yassin buat mak.. bukan tak pernah usaha untuk mencari kesembuhan, rawatan alternatif, hospital, hospital swasta, rawatan kampung mahupun ubat-ubatan, supplemen semua sudah usaha dan cuba, cuma belum ada keizinan dari-Nya lagi untuk kesembuhan. hanya kepada Allah kami mampu berserah, semoga Allah makbulkan doa kami semua," katanya.
Tambahnya, walaupun ujian diterima amat berat, dia reda.
“Apa lagi pilihan lain yang saya ada, selain reda dan tawakal? Setiap hari saya tak pernah kenal putus asa berdoa supaya ALLAH SWT memberikan kekuatan dan sembuhkan penyakit ini,” katanya.
Dengan ini, beliau memohon orang ramai untuk membantu doakan dirinya, ibu serta anaknya juga suaminya semoga diberi kekuatan dan kesabaran dengan semua ujian yang diberikan Allah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang