PKP: Pembuat pelamin kini jual kambing perap sebagai sumber rezeki baharu

HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih. Itu ungkapan sesuai buat dua orang anak muda telah yang beralih perniagaan daripada pengusaha membuat pelamin kepada perniagaan kambing perap.

Memetik laporan media tempatan, keputusan tersebut dibuat selepas pelanggan membatalkan tempahan pelamin berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Mohd Rizduan Mat Lela dan rakannya Saiful Hakim Rozmi dari Felda Jerangau Barat, Ajil, Terengganu memberitahu ramai pelanggannya yang membatalkan tempahan pelamin untuk majlis Mac hingga Disember tahun ini.

“Masa PKP diumumkan pada Mac, memang rasa agak sedih dan tertekan bila lebih 30 pelanggan membatalkan tempahan pelamin dan baju sebab majlis perkahwinan tak dapat dilangsungkan.

Iklan
Iklan

“Untuk pelanggan yang membuat tempahan khas baju pengantin, kami terpaksa tanggung kerugian hampir RM2,000 hingga RM3,000 untuk seorang pelanggan sebab baju kami tempah dengan tukang jahit.

“Memang agak runsing memikirkan sebab wang simpanan pun dah habis. Saya dan rakan saya ada komitmen masing-masing. Nak belanja makan pun terpaksa berjimat,” katanya.

Tidak mahu terus berputus asa dan hanya bergantung pada takdir, Mohd Rizduan yang mempunyai minat dalam bidang masakan mencuba nasib mengusahakan perniagaan kambing perap bagi mencari duit poket, bermula April lalu.

“Sebelum ni, saya memang minat memasak dan pernah juga menjual kek secara kecil-kecilan selepas tamat sekolah. Idea untuk jual kambing perap ini timbul selepas saya dan rakan membeli kambing bakar di sebuah gerai yang harganya agak mahal, tetapi tidak berpadanan dengan harga kerana isinya hanya sedikit.

Artikel berkaitan: Wow semua menu RM1 je. Patutlah pelanggan sanggup beratur tunggu turn

“Biasanya, di pasar malam kambing bakar mahal harganya tetapi isinya hanya dapat sedikit. Jadi, saya buat keputusan untuk jual dengan harga yang berpatutan dan ia dapat dinikmati sekeluarga,” katanya yang menjual kambing yang telah diperap dengan harga RM40 sekilogram.

Mohd Rizduan menambah, untuk menghasilkan perapan kambing yang enak, beliau menggunakan ramuan tersendiri termasuk beberapa jenis sos dan rempah ratus.

Beliau menggunakan platform media sosial termasuk Facebook dan Instagram serta aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan pelanggan sebelum membuat khidmat penghantaran ke beberapa daerah di Terengganu termasuk Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan Kemaman.

“Rezeki PKP, ramai juga pelanggan yang rindukan lamb chop di restoran, beli kambing perap untuk makan bersama keluarga di rumah sebab masih ramai orang memilih untuk makan di rumah walaupun dah boleh makan di luar.

“Mungkin ini hikmah di sebalik PKP, selepas ini jika keadaan kembali pulih (menerima tempahan pelamin), insya-Allah saya akan buat dua perniagaan dalam satu masa. Bolehlah jadikan pendapatan sampingan. Sambil buat pelamin, boleh jual kambing perap,” katanya yang menjual sehingga 15 kilogram kambing perap sehari.

Tahniah!

PENULIS: FAIZUL HAKIMI ZULKIFLI

Share
Arziana Mohmad Azaman

 

Published by
Arziana Mohmad Azaman

Recent Posts

Klinik Nara anjur rumah terbuka, rai pelanggan sempena ulang tahun ke-4. Turut perkenal rawatan estetik dengan teknologi baharu

KLINIK  Nara, peneraju dalam rawatan estetik dan kecantikan baru-baru ini meraikan ulang tahun ke 14…

8 hours ago

Siti Nurhaliza penuhi impian rakan artis tunai umrah, bikin ramai sebak. ‘Terbaik, kongsi rezeki dengan sahabat’

YAYASAN Nurjiwa milik penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad…

9 hours ago

Rakan baik sahkan Irma Hasmie dan Redza Syah sudah bercerai 6 bulan. ‘Doakan yang baik-baik buat sahabat saya’

TANDA tanya ramai mengenai status perkahwinan pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer…

19 hours ago

Tahniah! Leftenan Muda berbangsa Cina lulus latihan komando, terima beret hijau. 10 kehebatan pasukan Gerup Gerak Khas anda perlu tahu

BARU-baru ini kisah Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi…

1 day ago