JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terharu dikurniakan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menerusi hantaran di laman sosial, pelumba berusia 36 tahun itu meluahkan kesyukuran atas kurniaan berkenaan, lebih-lebih lagi ketika membuat persediaan ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Baca juga: Azizulhasni kini bergelar Datuk. 5 fakta menarik The Pocket Rocketman

Baca juga: Pernah digelakkan pelajar PhD Malaysia di Melbourne, ini nasihat Azizulhasni

To’ Puan Athiah Ilyana Abd Samat mengiringi suami dalam istiadat berkenaan yang berlangsung di Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering, Kuala Terengganu

“Merafak sembah dan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia diatas pengurniaan pingat Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu.

“Pengurniaan ini akan patik jadikan sebagai tiupan semangat buat diri patik untuk berjuang di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama lagi. Patik sungguh terharu diatas pengurniaan ini dan berasa bertuah menjadi anak jati negeri Terengganu Darul Iman,” titipnya yang menerima darjah kebesaran itu di Istana Syarqiyyah, Chendering, Terengganu.

Baca juga: Ibarat bom jangka, Azizulhasni kongsi detik cemas simptom sakit jantung sebelum Sukan Olimpik

Baca juga: Jaguh di trek, Azizulhasni bapa penyayang, layan 3 anak perempuan sama rata, tiada favourite

Susulan kurniaan bersebut, graduan Sarjana Muda Sukan Gerakan, Universiti Victoria, Melbourne, Australia itu tersebut menzahirkan penghargaan buat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Patik sekalian juga mendoakan agar Tuanku Sultan dan Sultanah Terengganu sentiasa di bawah lindungan ALLAH SWT dan terus kekal bersemayam di atas singgahsana dengan penuh kebesaran, kemuliaan dan kedaulatan,” kongsinya.

Baca juga: Azizulhasni rangkul 2 emas buat isteri sebak, kejohanan peringkat Asia terakhir sebelum bersara

Iklan

Baca juga: Azizulhasni Awang, Lee Zii Jia, i-Sinar dan Squid Game antara carian popular Google tahun 2021

Azizulhasni yang merupakan anak kelahiran Dungun terdahulu menerima kurniaan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu membawa gelaran Datuk pada tahun 2021.

Iklan

Sumber: Facebook Azizulhasni Awang, Instagram tyailyana

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!