PADA petang itu, Arif Eddy berusia 32 tahun sedang sibuk menyiapkan tempahan kek di dapur.

Tiba-tiba beliau kaget seketika selepas menerima kiriman mesej daripada salah seorang model memaklumkan mengenai perkongsian di laman sosial Instagram @airtangan_tunkuazizah.

raja permaisuri agong
RAJA Permaisuri Agong sentiasa berbangga menyarungkan dan menggayakan baju kurung setiap hari.

Anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu gembira bukan kepalang dan tidak menyangka sama sekali  apabila Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memuat naik empat keping foto fesyen keluaran beliau di laman sosial Instagram berkenaan.

raja permaisuri agong
PIHAK CIPTA terharu apabila Raja Permaisuri Agong berkongsi empat foto koleksi fesyen yang bakal dikeluarkan jenama itu di Instagram @airtangan_tunkuazizah baru-baru ini.

“Pada masa itu, saya tengah sibuk menyiapkan tempahan kek untuk satu lagi bisnes yang diusahakan. Kemudian, menerima mesej dan tag bertalu-talu daripada model, kenalan dan sahabat mengenai perkongsian di Instagram Raja Permaisuri Agong.

“Ya, saya terkejut dan terharu apabila Raja Permaisuri Agong yang turut dilahirkan di negeri Johor sudi berkongsi gambar pakaian keluaran jenama saya yang bakal dilancarkan nanti,” luah Arif yang merupakan pengasas jenama pakaian CIPTA ketika dihubungi SinarPlus baru-baru ini.

fesyenBicara lanjut, Arif menjelaskan, beliau mempunyai alasan tersendiri apabila lebih cenderung menawarkan busana tradisional berbanding fesyen moden.

“Ini disebabkan semasa memulakan bisnes enam tahun lalu, saya dapati di pasaran kurangnya koleksi baju tradisional yang menarik, jahitan kemas dan menggunakan fabrik berkualiti untuk kanak-kanak.

“Tidak keterlaluan menyifatkan tiada rekaan atau kualiti baju kurung kanak-kanak setanding rekaan orang dewasa.

“Jika ada pun desain yang ringkas, jahitan biasa dan polos. Bertitik tolak daripada itu saya membuat keputusan untuk mencari niche market utama,” ujarnya yang pada asalnya menawarkan baju raya kanak-kanak perempuan.

Iklan

fesyenSetelah mendapat permintaan mengalakkan, maka label CIPTA mengeluarkan rekaan sedondon ibu dan anak.

Artikel berkaitan“MAAFKAN SAYA” – ISU BAJU KURUNG PEREKA FESYEN CETUS AMARAH

Terdahulu, dalam entri Instagram @airtangan_tunkuazizah berkenaan, Raja Permaisuri Agong bertitah bahawa gemar menyarungkan busana tradisional khususnya baju kurung Johor setiap hari.

Iklan

“Saya berbangga dengan baju kurung jahit tangan dan baju kurung Teluk Belangga.

Yes i totally agree, be traditional and proud of it!,” tulis Raja Permaisuri Agong pada kapsyen foto yang dimuat naik.