Raja Permaisuri Agong bersuara desak gencatan senjata di Gaza curi perhatian, ramai zahir syukur

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menyertai masyarakat antarabangsa menggesa gencatan senjata di Gaza.

Baginda bertitah, pemimpin dunia perlu secara kolektif mendesak penamatan segera konflik di Palestin.

Berucap pada sidang kemuncak ‘United for Peace in Palestine’ di Istanbul semalam, baginda merayu pemimpin dunia mendesak perang dihentikan, senada dengan ratusan ribu rakyat yang menyokong gencatan senjata di Gaza.

“Mereka datang dari semua lapisan masyarakat, mengamalkan agama berbeza dan bertutur bahasa berlainan namun mereka memiliki satu suara mahukan keamanan, hidup dalam harmoni dan saling menghormati.

“Beta berdiri di sini bukan sahaja sebagai Permaisuri, tetapi sebagai ibu, anak-anak yang amat disayangi. Beta berdiri di sini sebagai manusia dan kita mesti tegas bersuara supaya semua ini dihentikan,” titah baginda.

Baca juga Tuah Missclyen kini anak angkat Raja Permaisuri Agong, alami penyakit ‘rare’ Sindrom Werewolf

Kredit foto: Instagram IstanaNegara

Titah baginda pada sidang kemuncak itu mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsi di Instagram istana_negara, warga maya memuji tindakan berani Raja Permaisuri Agong bertitah sedemikian.

Ujar mereka;

“Alhamdulillah dan terima Kasih buat Tuanku Permaisuri Agong kerana membawa suara wanita seluruh Malaysia yang berjiwa kemanusiaan yang ada di negara kita Malaysia ini untuk bumi Palestin pada mata dunia. Ini cukup melambangkan negara kita tidak akan pernah bersetuju dengan kezaliman pembunuhan nyawa manusia yang tidak berdosa oleh Zionist Israel itu.”

“Malaysia sangat berbangga dan sangat bertuah mempunyai Tuanku Permaisuri Agong yang hebat.”

Baca juga ‘Sweet adinda, kekanda berpelukan’, ramai linang air mata lihat Sultan Ibrahim & Raja Permaisuri Agong

Iklan
Kredit foto: Instagram IstanaNegara

“Our beloved queen… semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik serta panjangkan umur Tuanku Permaisuri.”

“Thank you, Your Majesty. Thank you for standing by the Palestinians. But most of all, thank you for bringing our hopes and hearts to the world.”

“Terpancar kesedihan di wajah Tuanku Permaisuri kita semasa berhujah, Allahuakhbar, semoga ALLAH SWT lindungi Tuanku Permaisuri kesayangan rakyat Malaysia.”

“Thank you Your highness,for supporting and standing the voice to protect Palestinian with the greatest to be the peaceful.”

Iklan

Sidang kemuncak itu diilhamkan Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan dan dihadiri pasangan ketua negara dan kerajaan serta wakil negara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!