TIADA seorang pun di dunia ini yang mampu dan berjaya lari daripada kematian. Sama ada kaya atau miskin, berpangkat atau tidak, sihat atau sakit, tua atau muda, cepat atau lambat, setiap orang pasti akan menemui ajalnya. Itu adalah hal pasti yang semua orang tidak boleh nafikan. Cara meninggal setiap orang pun berbeza-beza, ada yang disebabkan oleh penyakit yang dihadapi sejak lama ataupun secara mengejut seperti akibat kemalangan.

Bagi kita yang belum merasakan kematian atau setidaknya detik-detik sebelum malaikat maut mencabut nyawa kita, tentu kita tidak tahu bagaimana rasanya. Namun, kebanyakan orang selalu membayangkan bagaimana rasanya kematian sehingga membuat diri mereka takut akan kematian.

Baru-baru ini tular di laman Facebook rakaman bunyi misteri seperti suara orang mengerang yang dikatakan datang dari tanah perkuburan. Video tular tersebut dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Natrah Ismain. Wanita tersebut mendakwa dia sendiri telah mendengar suara sayup-sayup seakan suara orang meminta tolong.

Kejadian ini juga telah mendapat maklum balas daripada seorang pengurus jenazah dalam Facebook miliknya iaitu Mr Wan Cai Official.

Menurutnya, video ini telah dirakamkan oleh anak kepada salah seorang pekerja Majlis Perbandaran Klang di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

Iklan

“Sudah lebih 100 jenazah yang kami bantu urus dikebumikan di tanah perkuburan itu. Sudah lebih dari 20 kali juga saya dan rakan rakan melakukan pembersihan di kawasan tanah perkuburan tersebut sejak 2017.

“Paling lewat jenazah yang kami bantu urus dan kami bawa ke tanah perkuburan itu untuk dikebumikan ialah pukul 12.00 malam.

“Rasanya sudah banyak kali urusan pengebumian dilakukan pada waktu malam. Buat masa ini tiada kejadian pelik atau bunyi yang menakutkan kedengaran.

“Cuma jika ada yang bertanya atau minta pendapat tentang bunyi yang kedengaran saya hanya boleh kata NO KOMEN.

“Bunyi yang kedengaran itu sayup-sayup dengan sekali lalu. Ramai yang katakan itu adalah bunyi yang datangnya dari dalam kubur.”

“Wallahualam.. Hanya Allah lebih mengetahui kebenaran yang sesungguhnya. Bagi mereka yang tidak beriman atau ragu-ragu dengan adanya azab kubur, mereka akan menganggap semua kisah itu sengaja direka dengan tujuan untuk menakut-nakutkan.

“Perlu kita semua saling ingat mengingati, hanya amalan soleh yang dibawa sebagai bekalan menempuh alam seterusnya.

“Setiap dari juga kita perlu sedar, Jangan memandang ringan keadaan dan perihal yang bakal kita tempuhi apabila tiba masanya untuk menghuni alam kubur satu masa nanti.

“Berhati-hati dalam setiap tindakan yang lakukan di dunia ini. Moga terhindar daripada mendapat pengakhiran yang buruk. Aamin!,” tulisnya.

Rata-rata warganet yang melihat video tersebut turut berasa insaf akan kejadian yang dilihat dan menerima ribuan respons dan pandangan masing-masing.

Iklan

Sama ada betul atau tidak, ia seharusnya memberi peringatan dan keinsafan terhadap kematian. Ingat, mati itu pasti!

Semoga kita semua dilindungi daripada azab kubur.. Amin! Ya Allah!!