Ramai bengang aksi buli pelajar asrama, perut mangsa jadi ‘punching bag’

A
A
A

SEJUJURNYA perbuatan membuli bagaikan tiada kesudahan. Tetap berlaku walhal semua tahu ia tidak bermoral.

Buli bukanlah isu yang kecil. Jika tidak dibendung awal ia boleh membunuh!

Perbuatan membuli yang membabitkan senior dan junior misalnya banyak terjadi di asrama tidak hanya di asrama sekolah harian biasa, malah termasuk di institusi pendidikan elit.

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan beberapa pelajar dipercayai peringkat menengah rendah membuli rakan di salah sebuah maktab.

Baca juga: 90 tekapan seterika, rusuk patah, rajah laporan bedah siasat Zulfarhan runtun hati rakyat Malaysia

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah sekolah berasrama di Perak.

 

Warganet rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati dan marah setelah melihat gelagat beberapa pelajar yang jelas menyakiti mangsa tanpa belas kasihan.

- “Ini bukan buli, ini jenayah!”

- “Baru tahu langit tinggi ke rendah. Buat anak orang berani sangat dah viral tahu takut.”

- “Umur belasan baru nak kenal dunia tapi sudah berani nak buli anak orang.”

- “Masuk asrama, confirm auto kena buli. Bilalah benda ini akan berakhir?”

- “Tradisi buli di maktab atau asrama penuh akan terus ada selagi ada orang yang sokong atau tidak peduli. Masih ingat 14 tahun lalu semasa di asrama penuh, seramai 12 orang pelajar Tingkatan 5 ditukarkan ke sekolah harian kerana membuli. Terima kasih kepada whistleblower kepada pelajar Tingkatan 1 dan 2 yang dibuli.”

Menerusi paparan video yang sudah tular di pelbagai platform laman sosial, kelihatan seorang pelajar berbaju merah (mangsa) dikepung dan dipukul para pelajar lain.

Baca juga: Kerap menangis hingga katarak, hanya satu keluarga mohon maaf, luahan ibu bapa Zulfarhan sentuh hati ramai

Mereka seolah-olah menjadikan perut mangsa sebagai 'punching bag' untuk menguji kekuatan tumbukan. Tidak sekadar itu, kedengaran pelajar lain turut memberi galakan.

Lebih menyedihkan mangsa pula hanya berada di tengah-tengah tidak berdaya untuk melakukan sesuatu mempertahankan dirinya diperlakukan sedemikian.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian buli terbabit dan mengesahkan

Terdahulu, pada Januari lalu, 11 pelajar berusia antara 15 hingga 17 tahun mengaku salah terbabit dalam kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh.

Mereka didakwa memukul tiga mangsa berusia 14 tahun pada 19 Januari lalu, jam 1 pagi.

Baca juga: Pemergian tragis Zulfarhan terbela, 18 penuntut UPNM bersalah subahat cedera, bunuh, berikut kronologi kes

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Twitter @Ekax

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca