PEMERGIAN tragis Pegawai Kadet Laut, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang menggemparkan negara empat tahun lalu buatkan ramai tersentuh dan menitiskan air mata.

Dalam kes dikaitkan dengan pembulian itu, tubuh Zulfarhan didapati cedera terbakar, terseksa ke akhir nyawa sehingga menghembuskan nafas terakhir pada 1 Jun 2017.

Kematian anak sulung kepada pasangan Zulkarnain Idros dan Hawa Osman itu akhirnya terbela apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah membacakan keputusan itu pada Selasa lalu berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa sebanyak 90 tekapan seterika wap yang dilakukan oleh lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada anggota badan Zulfarhan telah menyebabkan kematian mangsa, namun ia tidak terjumlah kepada niat membunuh dengan sengaja.

Kata Azman dalam penghakimannya, selepas mengambil kira keterangan Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang, Dr Salmah Arshad dan Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Rohayu Shahar Adnan, mahkamah membuat dapatan bahawa kematian mangsa bukan suatu kematian yang mengejut selepas dicederakan.

Beliau berkata, mahkamah membuat penemuan fakta bahawa berdasarkan penelitian dalam kes pembelaan, tertuduh pertama hingga kelima yang menyebabkan 90 tekapan seterika wap ke atas Zulfarhan.

Menurutnya, di peringkat pendakwaan, Dr Salmah berkata, bedah siasat mendapati terdapat 90 kesan luka lecur di hampir keseluruhan badan termasuk kedua-dua belah punggung dan zakar Zulfarhan.

Iklan

Sejak awal kes menjadi tular, masyarakat menyifatkan kejadian berkenaan terlalu kejam dan tidak boleh diterima akal yang waras.

Berikutan itu, rajah laporan bedah siasat Zulfarhan yang tular di laman sosial menimbulkan lagi amarah ramai yang rata-rata sedih dan pilu mengingatkan kejadian yang terjadi.

Iklan

Ujar mereka;

“Mereka bukan budak-budak lagi tak tahu kesan seterika tu. Kalau dah gitu banyak tekap memang meninggallah. Tak boleh bayang tersiksanya arwah masa tu. Lepas di dunia, akhirat masih ada.”

“Tak kan tak tahu kesan kena iron dekat badan macam mana? Iron kena jari sikit pun dah pedih apetah lagi tekap dekat badan.”

Baca juga Kerap menangis hingga katarak, hanya satu keluarga mohon maaf, luahan ibu bapa Zulfarhan sentuh hati ramai

“Astaghfirullahalazim… macam manala mak ayah arwah punya perasaan besarkan anak tapi kena dera sampai macam ni. Mana la sifat perikemanusiaan yang buat macam ni dekat arwah.”

“Apa yang merasuk pembuli 6 orang tu pun tak taulah. Manusia waras takkan tergamak buat macam tu jikapun betul dia curi laptop.”

“Biar menjadi pengajaran kepada mereka yang brutal ini. 18 tahun untuk mereka memikirkan perbuatan mereka. Semoga setiap hari berlalu dengan amat perlahan bagi mereka di dalam penjara.”

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada kes ini. Katakan tidak kepada buli! Salam takziah buat keluarga Allahyarham Zulfarhan, Al-Fatihah.