Ramai ibu depresi, peguam syarie dedah wanita nak cerai sebab suami lepas tangan

Ramai ibu depresi, peguam syarie dedah wanita nak cerai sebab suami lepas tangan
Ramai ibu depresi, peguam syarie dedah wanita nak cerai sebab suami lepas tangan
A
A
A

BARU-BARU ini panas di laman sosial mengenai isu depresi yang dialami oleh suri rumah.

Pendebatan hangat mula tercetus apabila seorang wanita dikenali Bunga Ayu Dewi tampil mendedahkan masalah depresi yang dialami suri rumah tangga adalah benar-benar berlaku dan jarang dipandang oleh orang ramai.

Menerusi perkongsian sebuah video pendek di Instagram (IG), Bunga dilihat tidak dapat menahan air mata dan menyatakan tugasan untuk mengurus anak kecil terutamanya sangat memenatkan.

"Kita memang sayang setengah mati pada anak-anak dan sebolehnya ingin memberi yang paling terbaik.

"Tetapi untuk menguruskannya siang dan malam sangat melelahkan dan memerlukan semangat yang tinggi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

"Isteri yang hanya duduk di rumah cenderung mudah terkena depresi dibandingkan ibu yang bekerja.

"Mereka jarang tersenyum atau ketawa, mendapat kedamaiannya pun sangat susah.

"Mungkin ibu akan merasa bahagia jika tugasan sehariannya dihargai. Kerjasama daripada suami dan masyarakat amat penting untuk emosi ibu," catatnya di dalam video tersebut.

Selain itu, Bunga turut mengingatkan kepada orang ramai agar tidak memperlekehkan tugasan ‘housewife’ dan memandang ringan dengan masalah depresi.

Nampak remeh, ini perkara wajib beritahu anak-anak bentuk peribadi

Isu tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah seorang Peguam Syarie yang dikenali Atikah yang tampil mengulas lanjut.

Menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, Atikah berkata masalah seperti itu memang benar berlaku.

Katanya, rata-rata klien wanita yang datang mengfailkan kes penceraian adalah disebabkan tidak mendapat kerjasama daripada suami dalam tugasan rumah tangga.

"Ini realiti. Memang kebanyakan klien perempuan saya mohon cerai antara sebabnya mengandung, pantang, jaga anak semua buat sendiri. Suami tak tolong. Ada suami siap berjudi lagi," ujarnya.

Malah ceritanya lagi, permasalahan mula timbul apabila tanggungjawab untuk menjaga anak diserahkan bulat-bulat pada isteri.

Pelbagai reaksi warga maya memberi respon terhadap pendedahan berkenaan. Seorang lelaki tampil memberikan komen tanpa rasa simpati mengeluarkan kenyataan dengan melarang wanita terbabit daripada mengandung.

Baca juga Mata merah, tinggi daripada manusia, pengamal perubatan dedah rakaman interaksi makhluk halus

Ulas Atikah lanjut, menjadi seorang isteri bukan semudah seperti yang diperkatakan. Si isteri akan dikenakan hukum nusyuk apabila menolak ajakan suami melakukan hubungan intim.

"Senang cakap kalau depress jangan buat anak tapi nanti kalau tolak ajakan suami, kata nusyuz pula.

"Lastly, isteri juga jadi mangsa. Tolak buat hubungan kelamin dikata nusyuz, bila mengandung, beranak, pantang, jaga anak, isteri juga seorang yang buat. Jadi isteri ini bukan mudah ya seperti dikatakan. Syurga pada suami, tapi kadang-kadang ada yang tak bernasib baik terasa seperti di neraka," katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Ayu Dewi (@bungaaayu)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca