JAGUH powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, menjadi atlet negara yang pertama meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg).

Atlet berusia 22 tahun itu sememangnya dijangka akan sebagai pencabar utama pingat susulan rekodnya yang cemerlang.

Bonnie telah memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg sekaligus mengalahkan Mahmoud Attia dari Mesir di tempat kedua (191kg) dan Micky Yule dari Great Britain di tempat ketiga (182 kg).

Baca juga ‘Kami Suka Pakaian Anda,’ Pakaian Kontinjen Paralimpik Malaysia Raih Tumpuan Dunia

Memulakan kariernya sebagai atlet di awal usia 15 tahun, Bonnie menongkah arus tanpa rasa jemu dan putus asa sekali gus menyaksikan namanya kini terukir sebagai salah seorang jaguh terbaik dunia.

Berikut adalah lima fakta mengenai Bonnie:

1)Atlet kelahiran Sarawak ini dilahirkan pada 3 Jun 1999.

2)Menjadi pemegang Jalur Gemilang semasa majlis pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

3)Pemegang rekod dunia 230 kg pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lalu.

Iklan

4)Beliau juga mencatat kejayaan manis sebagai pemenang emas di Piala Dunia Powerlifting di Bangkok bagi kategori 72 kg Mei lalu.

5)Bonnie juga merebut anugerah Atlet Para Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2019.

Bukan calang-calang rekod yang dicapai anak Malaysia hingga mampu ke podium dan dikalungkan pingat emas.

Iklan

Terima kasih dan tahniah diucapkan buat Bonnie dan kontinjen Paralimpik Malaysia atas kejayaan yang membanggakan ini. Kita #SokongMalaysia.

Jom follow kami di Instagram!

Kredit foto: Bernama