Rasa nak pitam pakai PPE, frontliner rayu jangan keluar rumah tanpa urusan
BERAT mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul…
Sejak negara kita dilanda wabak Covid-19, frontliner kita terutama anggota barisan hadapan kesihatan terpaksa merawat pesakit dengan menggunakan kostum perlindungan khas atau PPE.
Terlihat dari luaran umpama pemakaian angkasawan yang hendak ke bulan, bukan mudah hendak mengenakan baju khas berkenaan. Bayangkan pula keadaaanya di bulan puasa ini.
Berbalut-balut dan berlapis, ia adalah peralatan atau pakaian untuk perlindungan diri terhadap risiko kesihatan dan keselamatan, termasuklah risiko fizikal, alam sekitar, kimia dan virus.
Penggunaan PPE dikatakan boleh melindungi paru-paru, mata, kepala, kaki, kulit serta badan untuk pekerjaan berisiko tinggi seperti doktor dan jururawat.
Pemakaian PPE juga mempunyai etika tertentu termasuklah topi pembedahan, perisai muka, sarung tangan, pakaian khas, sarung penutup kasut dan topeng wajah.
Bukan mudah ya untuk menyarungnya…
Perkongsian petugas kesihatan ini mengenai betapa panasnya menyarung kostum tersebut diharapkannya supaya dapat menyedarkan orang ramai.
Memuatnaik di status Facebooknya dengan nama Semut Hitam dan bertugas di Taman Desa Bakti Selayang, Kuala Lumpur salah satu kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), luahan beliau mendapat perkongsian dan ramai simpati dengan nasib frontliner.
“6 orang teletubies putih dah tumbang termasuk aku. Panas beb pakai PPE sumpah tak tipu. Macam nak pitam.
“Mohon sangat-sangat kalau takde urusan penting jangan keluar. Kerapkan basuh tangan. Please. Mintak sangat-sangat. Maaf juga kalau rasa annoyed aku asyik post tentang kegiatan frontliners.
“ Wallahi kepenatan dia tak berbaloi langsung untuk dapatkan fame. Ini hanya bertujuan untuk sampaikan awareness semata-mata.
“P/s: Terpaksa aku iftar awal hari ni walaupun tak rela. Tapi kalau aku pengsan kan lagi menyusahkan orang lain,” luahnya di FB bersama foto kelihatan beberapa petugas sedang membantu rakan mereka memakai PPE, semalam.
Video doktor kecewa
Dipercayai seorang doktor, sambil memegang stetoskop yang disangkutkan ke leher belakangnya dan melepaskan perasaan, wanita ini bertanyakan ‘Berapa lama hendak hidup dalam keadaan macam ini (memakai PPE)?
“Penat tau, doktor pun tak naklah pakai macam ni, nak masuk ni (sambil masukkan stetoskop ke telinga) pun susah. Sampai bila saya nak pakai macam ni?
Sampai bila doktor dan frontliners kena pakai PPE apa benda semua ni? Panas tahu tak… lepas tu korang yang kat luar tu degil.
Korang nak ke jadi macam Itali, macam Amerika Syarikat? Korang tengok la mati berlambak-lambat sampai terpaksa buat satu kubur besar atas tanah semua.. korang nak ke macam tu??
Sampai dia punya doctor, nurse pun dah mati-mati dah semua..," luahnya.
Menurutnya selepas menerima panggilan pihak berkenaan, beliau berasa helpless tak tahu hendak buat bagaimana sebab tak ada kuasa.
Beliau meminta supaya videonya dikongsikan supaya pihak berkenaan buat tindakan supaya tempat-tempat berkaitan di’cover’.
Sikap masyarakat yang keluar rumah dan tidak mematuhi penjarakan selamat dan bersosial di luar rumah juga mengecewakannya.
Macam kekurangan udara
Ini pula perkongsian individu dengan nama Anuar Ali dalam Facebooknya.
“Wei... Panas lah pakai PPE ni.. Cermin mata fogging.. Takleh nak berfikir sbb mcm kekurangan udara.. By the time habis pakai utk ops yg 2 jam ni pun baju basah mcm baru lepas main futsal... Tgn pun basah mcm rendam dlm air berjam2.. Frontliner2...you have my highest respect... Pls netizen...
Biar saya tambah sikit lagi....
Layer 1. Baju OT warna biru... Kain cotton...
Layer 2. Lead gown utk prevent radiasi dari mesin xray yg digunakan utk check tulang yg kita fix
Layer 3. Plastic appron
Layer 4. Baju PPE ni... Dah mcm overall masa medical cover F1 dulu
Layer 5. OT gown yg steril...
Tangan pun jadi clumsy sbb pakai 3 lapis glove...
Itu sbb PPE ni mahal... N managing a Covid case adalah mahal...” luahnya baru-baru ini.
Ini hanya secubit luahan frontliner. SinarPlus percaya perkongsian mereka sememangnya untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai.
Sebenarnya bukan soal kasihan pada petugas barisan hadapan sahaja, tetapi kasihanilah diri sendiri terlebih dahulu.
Sekali dah kena wabak Covid-19 yang belum ada vaksin ini dan sebati pada tubuh serta nyawa sudah sampai di kerongkong... menyesal pun tak berguna. -AG #PastiAdaSinar
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang