RMHC Malaysia santuni kanak-kanak istimewa dan keluarga, kongsi keceriaan bulan Syawal menerusi majlis rumah terbuka

A
A
A

PERSATUAN Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) baru-baru ini berkongsi keceriaan Hari Raya Aidilfitri bersama kanak-kanak istimewa dan keluarga dengan menganjurkan beberapa majlis rumah terbuka sepanjang bulan Syawal.

Presiden RMHC Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, majlis tersebut yang turut dihadiri penerima-penerima manfaat RMHC Malaysia, sukarelawan dan juga komuniti setempat itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan dari RMHC Malaysia untuk menyantuni dan menjaga kebajikan golongan kanak-kanak.


RMHC Malaysia raikan Syawal bersama kanak-kanak dari Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) di Kuala Lumpur.

“Sempena Bulan Syawal ini, RMHC Malaysia mengambil peluang untuk membawa keceriaan kepada kanak-kanak yang memerlukan selaras dengan nilai utama RMHC Malaysia untuk menyantuni golongan ini melalui inisiatif yang berterusan.

"Lebih istimewa, kita juga dapat membina hubungan baik bersama pelbagai pihak yang turut sama prihatin terhadap kanak-kanak ini,” katanya lagi.

Majlis tersebut berlangsung dengan kerjasama Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad.

Untuk rekod, RMHC Malaysia sebelum itu menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) Kuala Lumpur pada 23 April lalu.

RMHC Malaysia mempamerkan komitmen berterusannya untuk memberi manfaat kepada kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Ia turut dihadiri oleh 35 kanak-kanak sindrom down dan ahli keluarga mereka.

Sekadar makluman, kanak-kanak istimewa yang hadir dalam majlis itu merupakan mereka yang mendapat terapi secara berkala di Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald yang terletak di bangunan persatuan tersebut.

Selain di PSDM, badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia turut diadakan di RMH Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur pada 27 April dan di RMH Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (HCTM-UKM) pada 4 Mei.

Secara keseluruhan, lebih 350 tetamu telah menghadiri kedua-dua majlis tersebut. Ini termasuklah keluarga yang sedang dan telah menginap di RMH.

RMHC Malaysia RMHC Malaysia berkongsi keceriaan musim perayaan dengan sambutan rumah terbuka di Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.

RMHC Malaysia mempamerkan komitmen berterusannya untuk memberi manfaat kepada kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Rumah tersebut menyediakan penginapan sementara “home-away-from-home” yang selesa kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang menjalani rawatan di hospital.

Di samping itu, majlis rumah terbuka untuk Program Anugerah Senyuman turut diadakan di RMH HCTM-UKM pada 28 April lalu, khusus buat keluarga penerima program tersebut yang mana turut dihadiri penerima lepasan dan semasa. Program ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak yang dilahirkan dengan klef bibir dan lelangit.


RMHC Malaysia berkongsi keceriaan dengan keluarga yang memerlukan dengan sambutan rumah terbuka di Rumah Ronald McDonald yang terletak di HCTM-UKM.

Rumah Terbuka Syawal meraikan keluarga yang sebelum ini mendapat manfaat daripada Rumah Ronald McDonald, yang menyediakan "Home away from home" semasa anak mereka menerima rawatan pediatrik di hospital berdekatan.

RMHC Malaysia akan terus komited dalam melaksanakan inisiatifnya untuk meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak dengan memanfaatkan sumbangan rakyat Malaysia yang menderma di kiosk layan diri digital dan kotak duit syiling yang terletak di restoran McDonald's di seluruh negara, serta melalui sumbangan korporat daripada rakan kongsi dan syarikat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca