RUMAH agam 99 pintu yang terletak di Ladang Byram, di Nibong Tebal, Pulau Pinang ini cukup popular dalam masyarakat setempat di sana. Bukan sahaja unik, ia juga mempamerkan kehalusan seni bina zaman kolonial British yang menyimpan pelbagai rahsia.

Baru-baru ini, banglo yang dibina pada awal kurun ke-19 itu mengalami kerosakan pada strukturnya susulan sebuah kren yang dipercayai digunakan oleh produksi filem tumbang dan menimpanya.

Baca juga: Azhar Sulaiman kongsi misteri laluan masuk rumah, ada kisah di sebalik batu tak boleh dipecahkan

Baca juga: Rumah agam berpuaka di lereng bukit, kelibat entiti 2 beradik di balkoni bikin ramai seram

Insiden itu mengakibatkan struktur bumbung dan dinding rumah agam yang dipercayai dibina pada awal kurun ke-19 itu runtuh.

Baca juga: Misteri hilang makanan, wanita disangka hantu rupa-rupanya tinggal di kabinet dapur lebih dua minggu

Baca juga: Diseksa dan dirogol sebelum dikurung ruang bawah tanah, misteri kehilangan gadis 19 tahun terjawab

Tidak hanya itu, beberapa keping gambar insiden terbabit mula tular di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen berikutan banglo tersebut sebelum ini dikaitkan dengan misteri selain pelbagai kisah tersendiri.

Kejadian yang berlaku itu bukanlah insiden pertama. Kira-kira empat tahun lalu banglo usang tersebut juga dilaporkan tiba-tiba terbakar tanpa diketahui punca hingga mengakibatkan 70 peratus struktur kayu alang dan lantai musnah.

Susulan kejadian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, H’ng Mooi Lye mnzahirkan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku hingga mengakibatkan kerosakan pada struktur banglo terbabit.

Kredit foto: Mstar

Apakah yang menjadikan rumah agam ini begitu popular? Berikut 10 fakta menarik mengenainya:

1-Banglo itu dibina oleh seorang ahli perniagaan British dikenali sebagai Ramsden di tengah ladang kelapa sawit.

2-Ia yang diilhamkan daripada dengan seni bina Inggeris dilengkapi 10 buah bilik, dewan tari, ruang tamu.

3-Rumah agam ini mendapat jolokan Rumah 99 Pintu kerana setiap bilik mempunyai lima hingga enam binaan pintu.

4-Kisah rumah itu mula mendapat perhatian apabila pada 1948, cucu kepada pemilik banglo itu dikatakan telah dibunuh secara kejam.

Iklan

5-Menurut kisah yang popular dalam kalangan penduduk tempatan, mangsa dikenali sebagai John St Maur Ramsden ditembak tepat di kepalanya sebanyak dua kali dan mati serta-merta.

6-Lebih menyayat hati, ketika kejadian John dibunuh semasa sedang menuruni tangga di rumah berkenaan sehingga pembunuhan kejam itu diberi nama ‘Murder on the staircase’.

7-Bagaimanapun, motif kejadian atau dalang di sebalik kematian lelaki itu masih kekal sebagai misteri sehingga ke hari ini.

Rumah tersebut tiba-tiba dijilat api pada tahun 2020 setelah berkurun ditinggalkan

8-Daripada sumber di laman sosial, tentera Jepun dikatakan pernah menjadikan banglo berkenaan sebagai markas ketika menjajah Tanah Melayu dan ramai penduduk kampung telah dikurung dan diseksa dalam kediaman itu.

Iklan

9-Banglo yang dibina di atas tanah berkeluasan kira-kira 0.5 hektar itu terdahulu dibangunkan dengan tanaman getah dan kelapa, sebelum ia menjadi ladang kelapa sawit selepas tanah berkenaan bertukar pemilik.

10-Empat tahun lalu media melaporkan banglo usang itu tiba-tiba terbakar tanpa diketahui punca hingga mengakibatkan 70 peratus struktur kayu alang dan lantai musnah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!