KEDIAMAN indah pelakon dan pengacara, Azhar Sulaiman tersergam indah di Sungai Penchala, Kuala Lumpur menjadi tarikan warganet.

Azhar yang juga arkitek dan pereka Universiti Teknologi Mara dan Universiti of Newcastle upon Tyne di United Kingdom sering berkongsi berkenaan banglonya yang mempunyai pelbagai ciri seni bina menarik.

Menurutnya, kediaman itu dibina dalam satu lot yang luas itu memuatkan beberapa buah banglo didiami oleh enam ahli keluarga mentuanya yang dinamakan Bustanu Pahamin.

Baca juga: ‘This one is for you Tok Pok.’ Anak Azhar Sulaiman, Andika Rees Pahamin genggam ijazah pada usia 21 tahun

Suami kepada Chempaka Emalin itu bertanggungjawab mereka keenam-enam kediaman berkenaan.

Ujarnya, ia agak mencabar memandangkan pembinaan dilakukan di atas tanah yang curam.

“Untuk membina enam kediaman di atas tanah yang curam, saya perlu mereka enam platform yang berbeza.

“Di bawah tanah ini ada batu granit kelas A,” ujar Azhar sambil menunjukkan beberapa batu berkenaan yang dibiar tanpa dipecahkan di beberapa kawasan termasuk laman dan dalam kediaman.

Baca juga: Sering ditanya punca terlalu kurus &; cengkung, ini jawapan Anak Azhar Sulaiman. Lucu tapi win!

Dalam perkongsian video house tour terbaru, Azhar Namun, bercerita mengenai satu batu misteri yang tidak boleh dipecahkan sebelum rumah berkenaan dibina.

Lokasi batu besar berkenaan terletak di laluan masuk rumah. Objek berkenaan dibiar kekal kerana usaha untuk memecahkan menemui kegagalan.

“Kalau orang datang rumah, mereka akan tanya, ini ruang apa? Macam stor, tetapi tinggi.

“Macam tempat pemujaan. Di bawah ini adalah batu granit yang tidak boleh dipecahkan.

“Ini adalah satu misteri. Batu yang besar ni bukan setakat tidak dapat dipecahkan, malah ia terkeluar sampai dinding luar rumah.

“Setiap kali orang datang, mereka akan tanya, ni apa? Bekas simen tak dibuang ke? Ini adalah sebahagian daripada batu yang di dalam itu. Terkeluar sampai sini,” ujarnya.

Baca juga: Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.; Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

Azhar turut berkongsi usaha untuk memecahkan batu tersebut.

“Selalunya kalau dalam proses rock hacking, apabila mesin menghentak batu, ia akan berderai.

“Tapi yang ini ia tak nak pecah. Dia pecah-pecah kecil sahaja. Selepas menukar mata mesin dua hingga tiga kali, kami putuskan untuk tidak pecahkan batu-batu yang lain.

“Batu ini sebahagian daripada tempat orang asli sembahyang dulu. Masa site visit memang jumpa tempat ni. Tapi tak sangka ia sebahagian daripada laluan masuk rumah saya sekarang,” terangnya.

Iklan

 

Selain itu, Azhar turut berkongsi batu-batu yang terdapat di bahagian halaman termasuk di hadapan pagar utama.

Manakala yang terbesar ujarnya berbentuk seperti batu belah batu bertangkup.

Perkongsian video Azhar ditonton lebih 1.4 juta kali. Warganet memberikan pelbagai reaksi berkenaan misteri batuan berkenaan.

Ujar mereka:

– “Makin menarik rumah ni rupanya, di sebalik rumah yang cantik ada kisahnya.”

Iklan

– “Seriously untung sangat kerana batu-batu ini menjadi penghias taman.”

– ” Sebagai a geology student yang tidak berjaya jadi architecture student, saya suka tonton video perkongsian Azhar.”

– “Mula-mula tak rasa seram, tapi apabila kata bekas tempat pemujaan terus meremang.”

Baca juga: Pandai nyanyi, masak, untung suami. Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

Sumber: Tiktok theazharsulaiman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang