UMUM mengetahui pendakwah dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew, baru-baru ini berangkat ke Afrika bagi menjalankan misi kemanusiaan dan kasih sayang.

Terbaru, menerusi perkongsian di Facebook, beliau tampil menceritakan pengalamannya menjalankan misi itu di sana.

Beliau sebak dan sayu melihat kesusahan yang dialami oleh penduduk di sana. Ustaz Ebit juga membawa hadiah dan sedikit duit belanja buat mereka.

"Rumah zink kotak, besar saiz tandas" - Ustaz Ebit ke Afrika demi misi kemanusiaan dan kasih sayang

“Sebak sayu sangat rasa hati melihat kesusahan penderitaan sebahagian penduduk.

“Kawasan luar bandar saya pergi semua tinggal rumah zink kotak. Rumah sebesar saiz tandas je. Tiada elektrik dan air. Tandas pakai gali lubang besar.

“Sampai jer mereka semua dah tunggu saya. Siap semua menyanyi dan menari. Ada juga yang siap buat ritual mereka.

“Menangis-nangis cakap terima kasih. Tak terkira ucapan mereka. Terdengar mereka sebut-sebut, Malaysia… Malaysia,” tulisnya.

Selain itu, Ustaz Ebit sangat terharu mendapat sambutan dan layanan yang baik oleh penduduk.

“Wanita sini sentiasa dukung anak di belakang. Kuatnya wanita di mana-mana. Berjalan jauh mana pun boleh dengan dukung anak.

“Siap menari dan tepuk tangan masa kita beri hadiah pada mereka. Mereka tak berebut. Baik jer semua beratur. Balik dari kampung ini dalam van saya menangis.

“Rasa terharu sangat dengan layanan mereka. Semoga menjadi asbab kebaikan,” ujar beliau.

"Rumah zink kotak, besar saiz tandas" - Ustaz Ebit ke Afrika demi misi kemanusiaan dan kasih sayang

Rata-rata warganet memuji kebaikan Ustaz Ebit yang sentiasa membantu termasuk penduduk di Afrika selain mendoakan kesejahteraan beliau.

Iklan

Baca juga [VIDEO] Comelnya, pasangan pengantin jadi tumpuan netizan gara-gara disangka budak sekolah

Sementara itu, semalam Ustaz Ebit turut sempat berkongsi sebuah video di laman Intagram miliknya.

Iklan

Video yang dimuat naik itu menunjukkan seorang pekerja sebuah syarikat penerbangan luar negara sedang bercakap dengan Ebit Lew dan memuji beliau atas kebaikan yang telah dilakukan selama ini.

Semoga perjalanan Ustaz Ebit dipermudahkan dan memberi manfaat kepada ramai orang.