S. Pavithra bakal tampil menu sempena Aidiladha

S. Pavithra bakal tampil menu sempena Aidiladha
S. Pavithra bakal tampil menu sempena Aidiladha
A
A
A

PASANGAN YouTuber sensasi ‘Sugu Pavithra’ yang kembali memuat naik video di saluran YouTube mereka, berazam untuk memuat naik video pelbagai jenis masakan setiap hari bagi dikongsikan dengan pengikut setia.

M.Sugu, 29, berkata, menjelang Aidiladha pada Jumaat ini, mereka bercadang untuk memasak rendang ayam kerana ia antara menu wajib ketika perayaan berkenaan.

“Kami rancang masak rendang sebab kami ada ramai kawan Melayu dalam YouTube dan jiran-jiran yang sambut hari raya,” katanya.

Pasangan suami isteri berkenaan kembali berkongsi video masakan hari ini, dengan menu dalca kambing selepas Sugu bertindak memadam semua 98 klip di saluran YouTube mereka yang dimuat naik sejak Januari, Sabtu lepas.

Memetik laporan portal media tempatan, Sugu memberitahu semua video dipadam setelah beliau didakwa di Mahkamah Sesyen atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit, 21 Julai lalu, namun Pavithra mengakui telah memaafkan perbuatan suaminya.

Sementara itu, mengenai video baharu yang dimuat naik, Sugu berkata beliau dan Pavithra sangat gembira serta tidak menyangka mendapat hampir 3,000 komen dan 100,000 tontonan dalam tempoh lebih tiga jam selepas perkongsian.

“Kami gembira lagi-lagi hampir semua komen itu memberikan kata-kata positif dan semangat kepada kami. Sangat terharu,” kata bapa kepada dua anak berumur dua serta enam tahun.

Antara pengikut pasangan itu yang meninggalkan kata-kata semangat di ruangan komen video berkenaan adalah Zaim Ani yang menyebut :

"Akhirnya, anda kembali. Biarkan perkara yang lepas. Kembalikan semua aura anda dan keluarga. Tapi sebenarnya ia lebih menarik seperti kebiasaan video yang ada seluruh ahli keluarga dan anda sebut ‘JOM MAKAN’.

Bagi Rozita Ibrahim, beliau menasihatkan Sugu dan Pavithra agar tidak membenarkan orang luar masuk campur dalam urusan rumah tangga dengan pesanan:

“Terus kuat. Keluarga diutamakan. Suka mengikuti masakan anda”.

Jean Khoo pula berkata:

“ Saya sangat suka anda sudah kembali Akka! Jangan lupa PM (Perdana menteri) menyokong anda dan anda mempunyai banyak peminat yang menyukai kandungan anda. Tolong jangan berhenti menghasilkan video! Jaga diri!”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca