PERKONGSIAN seorang ibu yang juga pemilik akaun Facebook, Ummi Wan Aiman dalam group Autisme Malaysia mengenai habit anaknya cukup mencuit hati warganet.

Apa tidaknya apabila kisah Aiman dikongsikan dalam akaun Facebook miliknya yang suka memberi minuman dan makanan kepada pekerja pembersihan sampah.

Kongsi kisah Aiman pagi ini. Sejak awal pagi nampak dia ambil beberapa tin air minuman dan suruh Kak Azreen masukkan sedikit kek dalam bekas. Kemas dalam ingatan jadual lori sampah datang.

 Rupanya dia nak bagi kepada “orang mulia”…tak sampai hati dia panggil pemungut sampah. Tercegat berdiri di depan pintu dapur menanti kelibat lori masuk lorong belakang rumah.

aiman

 Tiada lagi rasa takut…malah dia teruja sangat. Mulianya mereka di mata Aiman. Sebulan puasa dia tidak menghulurkan kepada mereka menghormati Ramadan dan sebelum itu memang dia selalu juga mengingatkan mama membeli air mineral botol dan biskut kering.

Selesai dia hulurkan kepada seorang pakcik dia tutup pintu dan menadah tangan mendoakan mereka sambil matanya memerhati berlalu pergi.

 Perbuatannya membuat mama tersentap…mama sendiri jarang dan alpa berbuat demikian. Mama dan kami semua menumpang terharu. Sekadar perkongsian…

 Hantaran sama turut dikongsikan dalam page Ebit Lew Supporters turut menjentik hati pengikut halaman terbabit.

Iklan

“Sungguh mulia hati Aiman…Ya Allah engkau rahmatilah anak ini dan seluruh keluarganya.. Aamiin.. Aamiin.” – Khatimah Mamat

“Aiman anak yg baik hati. Tahniah kpd ibu Aiman..” – Sharifah Ahmad

Iklan

“Alhamdulillah…aiman ank baik…tahniah buat kedua ibu bapa.” – Meeya Aiman

Sumber: Facebook Sharifah Ahmad