SELEPAS beberapa hari mendapat rawatan intensif di sebuah hospital di Johor, bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.40 malam, pada Rabu malam.

Khabar duka itu dikongsi menerusi laman Facebook dan Instagram rasmi In-Team.

“Sahabat kami yang kami kasihi. Mohd Suhaimi Saad telah kembali kepada pencipta-NYA sebentar tadi jam 7.40 malam tadi.

“Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga ALLAH menempatkan almarhum dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” tulis In-Team di Instagram rasmi kumpulan itu.

Punca kematian penyanyi tersebut bagaimanapun tidak dapat dinyatakan secara jelas.

Terdahulu, Allahyarham Suhaimi dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor selepas mengalami kegagalan organ dalaman.

Difahamkan, beliau mengalami jangkitan pada paru-paru atau pneumonia.

Beliau kemudian ditidurkan dan bergantung alat bantuan pernafasan.

Memetik kenyataan isterinya, Nordiana Mohd Naim atau Ina, suami beliau mula mengalami penurunan berat badan mendadak iaitu sekitar 20 kilogram kira-kira sebulan lalu.

Untuk rekod, Suhaimi merupakan anggota kumpulan nasyid InTeam sejak tahun 2000, sebelum mengundurkan diri selepas lima tahun bermula pada 2005.

Iklan

Baca juga: Suhaimi Saad kritikal disahkan pneumonia, Ina Naim yakin suami akan sembuh

Baca juga: Batuk kronik 4 bulan, cirit birit & berat turun mendadak, Suhaimi Saad ditidurkan. Sempat mohon maaf

Arwah berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Pasangan itu berhijrah ke Kelantan dan menetap di Kota Bharu, Kelantan sejak tahun 2017.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!