'Saya tak pandai, nak bagi anak pandai sikit.' Pengorbanan ayah, sanggup ulang-alik naik motor sejauh 20km ke tempat kerja bikin sebak!

A
A
A

PENGORBANAN seorang ayah bernama Basri mengundang sebak ramai bila mana kisahnya dimuat naik menerusi laman TikTok baru-baru ini.

Demi membolehkan anaknya meneruskan pengajian di sekolah agama, beliau tidak memilih kerja dan sanggup menjadi tukang sapu sampah.

Biarpun gaji pokok yang diperoleh hanya sekitar RM1,500, namun bapa itu tidak mengeluh atau pun kecewa. Sebaliknya, beliau mengganggap itulah rezeki yang halal buat anak-anak dan isterinya.

ayah

"Sudah dua tahun saya melakukan pekerjaan ini. Saya tidak memilih kerja yang penting halal untuk keluarga saya terutama untuk sekolahkan anak.

"Anak saya sekolah agama, yuran sahaja RM500. Kalau saya tidak kerja, kasihan anak nak sekolah. Sebab itu saya sanggup bertungkus lumus," ujar Basri dalam video berdurasi dua minit yang dikongsikan oleh jafnyelias_founderbbd.

Baca ni ‘Me time dengan isteri, reset & tenangkan diri.’ Utamakan keluarga, Dr Say pilih keluar dari zon selesa

Paling memilukan tatkala mendengar kata-katanya: "Saya tidak pandai, jadi nak bagi anak saya pandai sikit."

Lebih mengharukan, beliau juga memberitahu tentang kesanggupannya berulang-alik menaiki motosikal setiap hari sejauh 20 kilometer (km) dari rumah ke tempat kerja semata-mata mencari rezeki buat keluarga.

Sementelah isterinya tidak bekerja dan hanya menjaga dan mengambil anak sekolah sahaja.

 

RAMAI SEBAK

Rata-rata warganet melahirkan rasa sebak dan kagum dengan pengorbanan seorang ayah sanggup bersusah payah demi memastikan anak mendapat pendidikan yang terbaik.

Baca lagi ‘Arwah abah letak syarat kepada suami…’. tiada masalah tinggal serumah, Liza Hanim mahu praktik cara & didikan ibu bapa

ayah

Berikut SinarPlus kongsikan beberapa komen daripada mereka yang menonton video tersebut:

"Keluar air mata tengok video ni. Betul tu, demi anak-anak dan isteri apa pun kita sanggup. Nyawa pun sanggup jadi taruhan."

"Sebak dan jatuh air mata tengok abang ini bercakap dengan ikhlas demi anak."

"Kotor pada mata manusia, tetapi di akhirat kelak kita tidak tahu macam mana. Semoga terus sihat dan rezeki sentiasa datang bagai hujan yang turun."

"Tengok muka abang ni memang boleh tahu ajar anak tentang adab. Pergi mana-mana jaga perangai. Respek dengan pengorbanan abang ini."

ayah

"Teringat abah saya pernah berkata, ‘abah tak ada harta nak bagi kat adik. Abah hanya boleh bagi pelajaran sahaja untuk adik.’

"Pengorbanan seorang ayah. Semoga dilimpahi rezeki selalu. Amin."

"Anak pak cik ini kena bangga ada ayah yang sanggup berkorban, susah payah demi anak. Semoga anak pak cik berjaya dunia akhirat. Dapat bantu pak cik. Amin."

"Seorang ayah terbaik. Sanggup melabur RM500 sebulan untuk pendidikan Agama anaknya. Pelaburan yang paling berbaloi dunia akhirat. Alhamdulillah."

ayah

Baca lagi ‘Saya bukan playboy, cuma tak cukup matang untuk jadi suami kepada dua isteri’. Iman Zulkarnain mahu lebih berhati-hati

Memang sebak tengok video ini, min sendiri pun menitis air mata. Terus teringat arwah abah.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan di murahkan rezeki kepada ayah-ayah di luar sana yang keluar mencari rezeki.

Sumber video: TikTok jafnyelias_founderbbd

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca