'Sayu & sebak', selepas 2 minggu kematian, anak perempuan Salahuddin cabut plat nama ayah di Parlimen

A
A
A

'Sayu & sebak', selepas 2 minggu kematian, anak perempuan Salahuddin cabut plat nama ayah di Parlimen

ANAK perempuan kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Fatihah Salahuddin meluahkan rasa sebaknya apabila hadir ke Parlimen bagi mencabut plak nama ayahnya.

"Saya memakai baju kemeja putih ayah hari ini ke Parlimen untuk mencabut plat nama ayah di Dewan Rakyat.

"Rasa sayu dan sebak sebaik saja saya masuk ke dalam dewan, jatuh juga air mata tadi mengenangkan ayah.

"Rasanya baru seperti semalam kami bekerja keras untuk memenangkan ayah di Parlimen Pulai," ciapnya di Twitter.

Baca juga Maafkan musuh, orang sakitkan hati sebelum tidur, rakan dedah amalan Allahyarham Salahuddin Ayub

 

Menurut Fatihah, Parlimen telah menjadi satu keluarga besar buat arwah ayahnya dan allahyarham telah menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal (2004-2013) dan Ahli Parlimen Pulai (2018-2023).

"Secara peribadi, Parlimen adalah keluarga besar buat saya. Saya berpeluang bekerja dengan warga Parlimen sebagai Setiausaha Sulit Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohammad Ariff Md Yusof 2018-2020.

"Kemudian, berkhidmat dengan ayahanda tercinta sebagai pegawai khasnya daripada 2020 sehingga Parlimen dibubarkan pada 2022,” katanya.

Jelasnya, sepanjang tempoh terbabit, beliau diberikan kepercayaan oleh bapanya untuk menguruskan segala hal ehwal Parlimen daripada menyediakan soalan-soalan bagi pertanyaan jawab lisan sehinggalah membuat usul.

Baca juga Perkenal menu Rahmah untuk rakyat, tweet terakhir Allahyarham Salahuddin Ayub pada Jumaat curi perhatian

"Bagi pihak ayah, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Parlimen Malaysia yang selama ini memberikan perkhidmatan terbaik buat ayah. Tidak terbalas jasa baik kalian.

"Sudah dua minggu ayah tinggalkan kita semua, kerusi ini adalah milik rakyat. Datangnya daripada mandat rakyat, pulangnya kepada rakyat yang bakal memilih dan memberi mandat," katanya.

Menjengah ruangan komen, ramai meninggalkan kata-kata semangat buat Fatihah. Rata-ratanya menyatakan turut sama merasaikan kehilangan asbab kebaikan allahyarham.

Terdahulu, Salahuddin disahkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam ketika masih dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, 23 Julai lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca