"Sedang kumpul dana RM50,000 untuk bawa jenazah ibu pulang" - Anak mangsa kemalangan di Australia

A
A
A

"BUAT masa ini, tiada wakil keluarga yang ke sana. Kami sedang mengumpul dana kerana berharap dapat membawa jenazah ibu pulang untuk dikebumikan di kampung halamannya."

Begitulah luahan Rushaniena Izani, anak sulung kepada Rabitah Hamed, 49, warganegara Malaysia dilaporkan maut dalam kemalangan di Griffith, Australia.

Menurutnya, dia mendapat tahu kejadian yang menimpa ibunya daripada ibu saudara yang tinggal di Lunas, Kulim.

Rakan serumah ibu di sana menghubungi ibu saudara dan memaklumkan kejadian dan difahamkan kereta yang dipandu ibunya terbabas sebelum dia tercampak keluar dari tingkap.

Katanya, perkembangan terkini, jenazah mangsa berada di Hospital Sydney, Australia untuk proses bedah siasat.

Kata Rushaniena, pihak Wisma Putra ada menghubungi ibu saudaranya dan bertanya sama ada mahu jenazah ibu dikebumikan di negara berkenaan atau dibawa pulang ke tanah air yang memerlukan kos sekitar RM50,000.

Rushaniena amat berharap agar jenazah ibunya dapat dibawa pulang ke kampung halaman di Pekan Ayer Hitam, Kedah.

Sementara itu, portal tempatan melaporkan mangsa sepatutnya berada di negara itu atas tujuan bekerja adalah selama lima tahun dan akan pulang ke Malaysia pada tahun 2024.

Kata Rushaniena lagi, dia dimaklumkan ibu bekerja di sebuah kilang pemprosesan ayam. Pada 21 Februari ini genap setahun dia berada di sana. Ibunya sepatutnya berada di sana selama lima tahun dan akan pulang ke tanah air pada 2024.

Baca juga Hebat! Gadis ini lukis 17 Disney Princess berpakaian tradisi Melayu

Terdahulu, dalam kejadian pada 8 Febuari, Rabitah maut setelah terlibat dalam kemalangan pada dipercayai cuba mengelak haiwan yang melintas di Griffith, Australia. Mangsa maut di tempat kejadian selepas terpelanting keluar dari kereta dipandunya lalu terjatuh di dalam tali air berdekatan.

Al-Fatihah. Salam takziah kepada keluarga mangsa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca