Sedihnya, anak bongsu 3 tahun kritikal dadah dalam badan, ibu hidap kanser tahap 5
SEDIHNYA apa yang menimpa seorang ibu ini apabila anak lelaki berusia tiga tahun dalam keadaan kritikal dan terpaksa ditidurkan akibat dadah dalam badan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitu situasi yang berdepan seorang wanita di Kota Bharu yang juga pesakit kanser tahap lima.
Menurut laporan portal berita tempatan, ini kejadian yang menimpa wanita dan anak lelakinya;
1. Media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan berada dalam keadaan kritikal selepas pihak hospital menemui dadah dalam badannya di Hospital Gua Musang, pada Ahad.
2. Kanak-kanak itu disyaki diberi dadah jenis Methamphetamine, di Kuala Krai, pada Ahad.
3. Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, susulan itu bapa saudara mangsa yang berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Katanya, hasil soal siasat, suspek mengaku membawa anak saudaranya ke tempat yang dipercayai 'port' dadah.
4. Ibu kanak-kanak itu tidak mengetahui sepupunya itu membawa keluar mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu kira-kira jam 2 petang Ahad.
5. Wanita berusia 36 tahun yang juga penghidap kanser payudara tahap lima itu tidak mampu menyembunyikan kesedihannya apabila melihatnya terpaksa ditidurkan sejak petang Isnin.
6. Kata wanita itu, dia tidak menyangka keadaan anaknya sangat kritikal biarpun selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II.
7. Wanita itu tinggal bersama ibu bapanya, kehidupan mereka sangat sukar dengan hanya mengharapkan pendapatan bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah.
8. Sebelum ini, dia mengharapkan bantuan agensi kerajaan yang diberikan sebab menderita penyakit kanser payudara selama enam tahun. Namun, bantuan itu dihentikan sejak bulan Disember tahun lalu.
9. Jadi, dia sekeluarga hanya bergantung kepada pendapatan ayah saya sahaja. Dia turut memerlukan wang rawatan susulan untuk kanser pada setiap bulan di mana ia menelan perbelanjaan yang agak besar.
10. Wanita itu juga berharap agar ada pihak dapat membantu meringankan beban keluarganya bukan sahaja membabitkan kewangan, tetapi juga sokongan buat mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Baca juga Kahwin 34 tahun tak sah kena nikah semula, jangan main-main bab wali
Sementara itu ini info berkaitan dadah Metamfetamin;
- Methamphetamine merupakan sejenis (psikotrapit) dadah perangsang yang mampu menghasilkan perasaan ghairah kepada pengguna.
- Sama ada disuntik, denggi, atau asap, Methamphetamine adalah ubat yang sangat ketagihan yang mempengaruhi otak dan sistem saraf pusat.
- Methamphetamine meningkatkan tahap dopamin neurotransmitter, yang merangsang sel-sel otak, meningkatkan mood dan pergerakan badan.
- Secara fizikal, dadah itu boleh meningkatkan pernafasan, denyutan jantung, dan tekanan darah. Ia boleh menyebabkan hiperthermia (stroke haba) dan pukulan jantung yang tidak teratur. Terdapat juga potensi keruntuhan kardiovaskular.
- Kesan lain penggunaan meth pada sistem saraf pusat boleh menghasilkan gejala seperti kerengsaan, kekeliruan, kebimbangan, paranoia, dan agresif. Sesetengahnya mengalami insomnia dan gegaran yang berpanjangan.
- Hyperthermia dan sawan boleh membawa maut. Methamphetamine juga boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dikembalikan ke saluran darah di dalam otak. Ini boleh mengakibatkan strok.
Baca juga Ibu menangis anak Syurga dilempang, dibuli di sekolah kerana rabun
Sedihnya! Semoga kanak-kanak lelaki tersebut cepat sembuh dan pelaku diberi hukuman yang setimpal. Moga si ibu juga kuat semangat melawan penyakit kanser dan menempuh hari mendatang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang