KAHWIN atau pernikahan bermaksud akad yang menghalalkan di antara lelaki dan perempuan hidup bersama dengan menetapkan dua-dua belah pihak hak-hak dan tanggungjawab. Namun, dalam perkara yang sepenting ini masih ada ada yang mengambil mudah syarat sah termasuk bab wali.

Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah satu daripada rukun nikah.

Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali ia adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan mengikut hukum syarak.

Baca juga: Nikah 30 tahun terpaksa bubar sebelum tunai umrah, gara-gara ‘rahsia’ disembunyikan orang tua

Baca juga: 23 tahun berkahwin belum miliki kad nikah, suami isteri nyaris ditangkap basah di hotel

Bagaimanapun pendedahan oleh pengguna TikTok, @Tokadi Hipster amat mengejutkan apabila menerima kedatangan pasangan mendirikan rumah tangga berwalikan hakim sedangkan ketika akad nikah dijalankan 34 tahun lalu, bapa pengantin perempuan masih hidup.

“Wali itu bukan orang Malaysia,” kata pasangan berkenaan.

Justeru, pernikahan pasangan berkenaan yang sudah melewati lebih tiga dekad itu tidak sah dan perlu dinikahkan semula berwalikan hakim.

Selain itu pasangan berkenaan turut membuka cerita ia berpunca daripada perkahwinan yang tidak mendapat restu.

“Ayah ada ustaz, tapi dia tidak restu sebab kami nak berpoligami,” katanya lagi.

Lebih menyedihkan ialah nasib anak-anak hasil perkongsian hidup pasangan terbabit. Bagaimanapun pasangan tersebut telahpun bertaubat dan ingin memulakan hidup baru secara sah.

Menerusi ruangan komen, Tokadi Hipster berkongsi status anak-anak pasangan tersebut adalah wati syubhah. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, anak wati syubhah bermaksud anak yang dilahirkan akibat persetubuhan yang berlaku bukan dalam perkahwinan yang sah akibat keraguan tertentu.

Warga maya yang rata-rata terkejut dengan pendedahan tersebut mahu masalah perkahwinan tidak sah disebabkan meremehkan bab wali itu menjadi iktibar buat masyarakat.

-“Alahai disebabkn nafsu, keturunan jadi kacau bilau. Jadikan pngajaran daripada cerita ustaz ini.”

-“Ya ALLAH, 34 tahun hidup bersama, apalah nasib anak.”

-“Kisah ini sebagai pengajaran, susah payah macam mana pun nikah dalam Malaysia. Ikut undang-undang dan jangan main-main bab nikah. Berani kerana benar.”

@tokadi_hipsterTolong lah jangan main2 bab wali ! 🫤♬ Astaghfirullah – Opick

Baca juga: Anak pelik urusan nikah jadi rumit, bongkar rahsia ibu ayah bersekedudukan hingga 7 zuriat

Pengertian wali dan susunannya

Wali bererti teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada ahli waris lelaki yang terdekat kepada pengantin perempuan.

Iklan

Wali merupakan salah satu rukun dalam perkahwinan dan merupakan salah satu syarat sah nikah.

Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:

– Islam
– Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun)
– Berakal – Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali.
– Lelaki
– Adil
– Merdeka

Manakala orang buta atau bisu pula adalah diharuskan menjadi wali kerana ia boleh menimbang dan memikirkan mengenai soal kufu dan hal-hal kepentingan kepada wanita, selagi ia boleh memahami isyarat serta tulisan dan memenuhi syarat sah menjadi wali.

Susunan wali mengikut tertib ialah:

Iklan

1. Bapa kandung
2. Datuk sebelah bapa ke atas
3. Saudara lelaki seibu-sebapa
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak saudara lelaki seibu-sebapa
6. Anak saudara lelaki sebapa
7. Bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa
8. Bapa saudara sebelah bapa sebapa
9. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu-sebapa ke bawah
10. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
11. Bapa saudara seibu-sebapa
12. Bapa saudara bapa sebapa
13. Anak lelaki bapa saudara seibu-sebapa
14. Anak lelaki bapa saudara sebapa ke bawah
15. Bapa saudara datuk seibu-sebapa
16. Bapa saudara datuk sebapa
17. Anak lelaki bapa saudara datuk seibu-sebapa ke bawah
18. Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
19. Muktiq (tuan kepada hamba perempuan yang dibebaskan)
20. Sekalian asabah kepada seorang muktiq
21. Raja atau sultan

Sekiranya wali pertama tidak ada, hendaklah diambil wali yang kedua dan jika wali kedua tidak ada hendaklah diambil wali ketiga dan begitulah seterusnya mengikut tertib.

Bagaimanapun, permohonan perkahwinan menggunakan wali hakim adalah dibolehkan atas beberapa sebab iaitu :
1. Tiada wali yang sah daripada nasab
2. Wali ghaib
3. Anak tidak sah taraf
4. Wali enggan
5. Wali dalam ihram atau umrah
6. Wali tidak cukup syarat

Sumber: TikTok @Tokadi Hipster, Pejabat Mufti Wilayah, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.