"Selagi mampu, saya masak sahaja" - Ibu murid tular makan bekal mangkuk tingkat

A
A
A

BARU-BARU ini tular di laman media sosial sekeping gambar memaparkan seorang murid sedang menikmati makanan ketika waktu rehat di dalam kelas.

Apa yang menjadi perhatian apabila murid tersebut kelihatan memakan juadah bekal yang menggunakan mangkuk tingkat.

Namun, apa salahnya untuk membawa mangkuk tingkat kan?

Gambar itu turut menjadi bahan ketawa warganet dan ada juga yang mengkritik ibu bapa kanak-kanak terbabit yang dikatakan tidak patut menyuruh anak membawa mangkuk tingkat yang berat pergi sekolah.

Ada juga yang mengatakan makanan itu terlalu banyak untuk seorang murid yang kecil untuk dihabiskan.

Berikutan itu, si ibu, Hasimah Abdullah menerusi Facebooknya menjelaskan situasi sebenar mengenai mangkuk tingkat tersebut.

Menurut Hasimah, sebenarnya bapa kepada anak-anaknya itu bertugas di sekolah tersebut.

Katanya, gambar tersebut dirakam suaminya pada hari pertama sesi persekolahan anak.

"Anak saya Alhamdulillah bagilah masakan apapun dia tak memilih dan dia tak kisah orang cakap apa pun yang penting dia kenyang.

"Dan betul dia anak yang taat dan baik. Hari-hari semangat nak pergi sekolah dan bawa mangkuk tingkat ni.

"Saya ada terbaca komen kesian orang kantin bila sediakan bekal untuk anak-anak. Sebenarnya kantin sekolah anak saya tak dibuka untuk budak-budak jadi semua wajib bawa bekal sendiri,” katanya.

Katanya juga, dia memilih untuk masak sendiri bagi tiga anaknya itu membawa bekal sekali gus turut menjimatkan duit.

"Kalau setiap hari membeli macam membazir. Selagi mampu, saya masak sahaja," katanya yang turut berterima kasih kepada warganet yang memberikan kata-kata positif.

Selain itu, bapa murid tersebut, Mohd Rizal Omar akui tidak mengetahui siapa yang menularkan foto tersebut.

Menurutnya, warga maya yang tidak mengetahui perkara sebenar dilihat membuat pelbagai andaian sendiri termasuk menyalahkan guru kelas yang didakwa mengambil gambar berkenaan serta disebar ibu bapa lain sebagai bahan lawak.

Namun sebenarnya dia akui, gambar itu dirakamnya sendiri dan tidak salahkan orang yang buat andaian itu kerana mereka tidak tahu.

Menurutnya, dia bersama tiga anaknya di sekolah itu akan terus membawa bekal makanan menggunakan mangkuk tingkat.

Sementara itu, SinarPlus amat tertarik dengan perkongsian seorang pengguna Facebook Samson HoneyS yang mengatakan gambar berkenaan sangat menarik. Ada beberapa sudut positif kita boleh ambil;

1. Maknya sangat rajin menyediakan bekalan makanan. Respek!

2. Anak ini terhindar daripada keracunan makanan. Masakan ibu dari rumah InsyaAllah bersih dan selamat.

3. Anak ini tak malu makan bekalan ibunya. Menunjukkan jati dirinya sangat tinggi.

Baca juga [VIDEO] Cubaan langgar lari gagal, pemandu teruk dibelasah orang awam

Semoga anak ini dan keluarganya cemerlang dunia akhirat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca