KEKURANGAN diri bukan penghalang menggapai kejayaan menamatkan pengajian peringkat diploma. Dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan, wanita orang kurang upaya (OKU), Norfarrah Syahirah Shaari akhirnya menerima skrol Diploma Pentadbiran Awam pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-98.

Norfarrah atau mesra disapa Farrah, 35, ketika dihubungi SinarPlus melafazkan kesyukuran akhirnya bergraduasi selepas tertangguh susulan pandemik.

Memulakan perjalanan diploma pada 2017 secara separuh masa dalam mod pengajian jarak jauh (PJJ) di UiTM Seri Iskandar, Perak, Farrah perjuangan yang dimulakan enam tahun lalu berakhir.

Baca juga: Wanita lahir tanpa kedua-dua tangan selamat disatukan, suami sifatkan Norfarrah ‘super woman’

“Alhamdulillah akhirnya dapat menyarung jubah, topi konvokesyen dan menerima skrol. Ia adalah impian saya. Syukur prosesnya dipermudahkan,”

Berkongsi berita gembira di laman sosial TikTok, Farrah menaiki pentas konvokesyen dengan diiringi suami tercinta Zulfadli Syahrul, 33, yang menerima skrol diploma berkenaan bagi pihaknya.

“Pada awalnya, saya perlu diiringi petugas. Namun pihak UiTM memberi peluang kepada  suami menaiki pentas bersama. Alhamdulillah,” katanya.

Lebih istimewa lagi, para graduan memenuhi Dewan Agung Tuanku Canselor bangun dan memberikan tepukan gemuruh meraikan kejayaan wanita hebat ini.

Video Farrah menerima skrol yang dimuat naik TikTok UiTM menerima 1.3 juta tontonan dan hampir 70,000 tanda suka! Memang inspirasi.

Ternyata perjalanan pengajian selama lima tahun bukanlah mudah. Apatah lagi baginya yang bergelar pelajar dan dalam masa yang sama bekerja.

Pembantu tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak ini perlu memandu dua jam ke Seri Iskandar setiap kali perlu menghadiri kuliah.

Baca juga: ‘;Terima kasih suami berikan tangan tutup kekuranganku.’ suami Norfarrah suapkan makan buat ramai sebak

“Saya memandu sendirian ke kampus. Kadang-kadang keluar Subuh, Maghrib baru balik ke rumah.

“Alhamdulillah, pensyarah-pensyarah banyak memberikan kelonggaran dan membantu kami menyiapkan tugasan.

“Saya hanya sempat mengikuti kuliah dan peperiksaan secara fizikal selama dua semester sahaja sebelum Covid-19 melanda. Selepas itu belajar menerusi Open and Distance Learning (ODL) sehingga tamat pengajian pada tahun 2022,” ujarnya.

Sepanjang bergelar pelajar OKU, wanita ini menerima kemudahan yang disediakan. Antaranya ruang peperiksaan yang berasingan bagi menduduki peperiksaan.

Baca juga: Eerah, wanita OKU gigih jual burger. Bapa terharu dengan sokongan ramai. ‘Terima kasih suntik semangat dia’

“Untuk peperiksaan, Farrah akan diberikan ruang khas kerana menulis menggunakan kaki.

“Ia bagi mengelakkan jawapan ditiru,” ujarnya.

Kecintaan Farrah kepada ilmu tidak terhenti di sini. Dalam menyusun perjalanan masa depan, anak kelahiran Perak ini menyimpan cita-cita melanjutkan pengajian peringkat ijazah pada tahun hadapan.

Iklan

“Insya-ALLAH pada tahun depan Farrah plan nak sambung belajar dan memilih jurusan Komunikasi Massa.

“Farrah memilih jurusan ini kerana ia sesuai dengan diri sebagai influencer.

“Harap perjalanan pengajian degree lebih mudah kerana ada suami yang boleh hantarkan ke kampus,” kongsinya.

Warganet yang teruja mengucapkan tahniah atas kejayaannya.

– “Alhamdulillah, saya tumpang gembira di atas kejayaan. Tahniah juga untuk suaminya yg sentiasa ada di sisi. Memang terbaik.”

– “Saya doakan Farrah Syahirah terus maju jaya dan cemerlang dunia akhirat.”

Iklan

– “I’m crying. Tahniah!”

– “Erti konvo sebenar. Tahniah, hanya yang merasai saja tahu betapa benar struggle dalam kekurangan.”

Farrah pernah tular menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan petugas barisan hadapan.

Beliau menggunakan kemahiran menjahit menggunakan kaki untuk menghasilkan gaun isolasi yang akan disumbangkan kepada Hospital Teluk Intan (HTI) dan Klinik Kesihatan Teluk Intan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!