RUMAH TANGGA Datuk Lee Chong Wei bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya bersama isteri Datin Wong Mew Choo.

Khabar gembira tersebut dikongsikan legenda badminton menerusi laman Facebook beliau.

Menerusi kapsyennya, Chong Wei turut mendedahkan nama bayinya itu sebagai Anson.

Chong Wei dan Mew Choo mendirikan rumah tangga pada 9 Nov 2012.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan anak pertama Kingston yang kini berusia sembilan tahun dan Terrance, 7.

Baca ni ‘Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.’ Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya ‘tawan’ puncak KLCC

“Selamat datang, ‘perseorangan ketiga’, terima kasih tidak terhingga buat isteri tercinta atas segala pengorbanan,” demikian tulis beliau lagi.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai.

Berikut antara komen yang dilontarkan oleh warga maya:

“Tahniah Datuk dan isteri atas kelahiran cahaya mata yang baharu.”

“Bulatnya. Berapa kilogram lah agaknya. Tahniah isteri Datuk kerana berjaya berjuang melahirkan baby baru. Datuk LCW kena bagi hadiah lagi hebat daripada jadi world nombor satu.”

“Tak boleh main campuran lagi lah. Tahniah Datuk dan Datin.”

“Tahniah Datuk Lee Chong Wei kerana kehadiran cahaya mata baru. Semoga berbahagia bersama keluarga dan insan tersayang.”

“Alhamdulillah. Bertambah ahli keluarga. Bertambah meriah keluarga . Semoga kedua-dua ibu dan bayi sihat selalu.”

Iklan

Baca lagi Bergelar ratu cantik atas pengaruh ibu, warisi legasi bapa menjadi peguam. Dua ‘gen’ jadikan Olivia wanita berpengaruh

Untuk rekod, ikon sukan badminton negara yang berusia 40 tahun itu mengumumkan persaraannya pada tahun 2019 atas faktor kesihatan.

Sementara isterinya, Mew Choo, juga bekas pemain perseorangan wanita negara yang mengambil keputusan bersara pada 2011 selepas mengalami beberapa siri kecederaan.

Baca ni ‘Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.’ Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

Iklan

Bertambah meriahlah keluarga Chong Wei. Harap semuanya boleh ikut ibu dan ayah mereka jadi jaguh badminton juga.

Sumber: Facebook Lee Chong Wei

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi