Selepas hasrat mengidam buah potong tercapai, wanita hamil buat sesuatu yang mengharukan warganet

A
A
A

MENGIDAM adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita mengandung.

Bagi Alina Farahin yang sedang hamil, keinginannya adalah ingin menikmati buah-buahan potong.

Tanpa beliau sangka, ALLAH pertemukannya dengan seorang lelaki warga emas yang menjual buah di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah, Melaka.

Semua itu berlaku secara kebetulan apabila anaknya merengek mahu menikmati aiskrim.

"Bila anak saya nak makan ais krim, jadi kami singgah sebentar di stesen minyak. Pada masa sama, saya memang harap sangat ada jual buah potong di sana,” tulisnya di Facebook miliknya.

ALLAH memakbulkan permintaannya apabila berjumpa dengan pakcik berkenaan.

“Sebak melihat kegigihan dan ketekunan pakcik itu berniaga kerana saya terus terbayang ayah di rumah.

"Kuatnya pakcik ini berdiri sampai pukul berapa beliau duduk di situ untuk habiskan jualannya.

"Umur seperti beliau sepatutnya tidak perlu kerja tetapi mungkin itu sahaja pilihannya untuk mencari rezeki,” tulis wanita itu.

Apa yang dilakukan Alina dan suaminya seterusnya cukup mengharukan warganet.

Mereka telah memborong kesemua 30 bungkusan plastik buah-buahan potong yang mana setiap satu bungkusan mempunyai lima jenis buah.

Kemudiannya, Alina dan suami mengagihkannya kepada orang ramai yang lalu di stesen minyak berkenaan!

Bukan itu sahaja, pasangan suami isteri itu turut menyumbang sekampit beras kepada lelaki warga emas berkenaan.

Baca juga Masih puji sifat terpuji anak walau ibu berkaki kudung ditinggalkan di tepi jalan

Sementara itu, Alina berharap agar sesiapa yang melalui kawasan berkenaan agar membantu membeli jualan buah potong yang diniagakan oleh lelaki itu.

“Tak mahal pun, sekurang-kurangnya kita dapat bantu pakcik itu. Sama-sama kita kongsi rezeki,” ungkap Alina.

Video yang berdurasi 3 minit 40 saat yang dikongsinya itu turut tular di media sosial.

Semoga dengan rezeki yang dikongsikan dapat membantu pakcik berkenaan meringankan bebanannya apatah lagi ketika fasa perit berhadapan dengan wabak kini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca