Sembunyi hidap kanser, wanita tular video lucu bersama anak meninggal dunia undang sebak ramai

KEHILANGAN orang yang tersayang merupakan satu perkara yang terlalu menyedihkan bagi semua insan tidak kira lelaki, wanita, tua, muda, miskin mahupun kaya.

Setiap di antara kita pasti pernah merasainya. Ada suami kehilangan isteri. Anak kehilangan bapa atau ibu. Ada adik kehilangan abang, malah ada ibu yang kehilangan bayi.

Tidak kira sesiapa sahaja yang amat kita sayangi, mereka adalah seseorang yang telah berkongsi saat suka dan duka bersama kita tidak kira sekejap atau lama.

Sama seperti kisah seorang influencer TikTok dua beranak ini yang telah mencuri perhatian ramai.

Sebelum ini, mereka pernah tular sejak musim pandemik lalu dengan gelagat dua beranak yang menghiburkan ramai warga maya.

Walaupun ibunya itu seorang yang tegas, anak perempuan yang dikenali Nurul Ain itu sering menyakat dan mengusik ibunya itu.

Baca juga Ibu tak sanggup dengar tangisan anak kecilnya jalani rawatan kemoterapi akibat kanser darah

Kredit foto: TikTok

Akan tetapi sejak tahun lepas, ramai yang bertanyakan mengenai ibunya itu kerana sudah tidak kelihatan lagi dalam video TikToknya seperti biasa.

Innalillah, siapa yang sangka sebenarnya ibunya itu sudah pun dijemput menghadap Ilahi dan telah selamat kembali ke rahmatullah.

Difahamkan, Nurul Ain bukan sahaja meluahkan rasa dukanya malah turut menyelitkan kenangan manis bersama ibunya yang tersayang itu, Allahyarhamah Siti Hawa Binti Sidek menerusi satu hantaran video semalam.

Pemergian Allahyarhamah Siti Hawa dapat dilihat turut meninggalkan kesan kepada ramai pihak, juga termasuklah rakan baiknya sejak mereka bersekolah lagi.

Baca juga ‘Mak adalah segala-galanya.’ Ketepikan soal kahwin demi ibu, luahan Fikry Ibrahim undang sebak!

Menerusi video yang dimuat naik oleh Cikgu Ferdy di laman Facebooknya, Allahyarhamah Siti Hawa merupakan seorang insan yang sangat ceria dan suka bergelak tawa, tetapi sebenarnya dia menyembunyikan kesakitannya iaitu menghidap barah.

Dikatakan, Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhirnya kelmarin dan telah pun selamat disemadikan semalam.

Iklan

Meninjau di ruangan komen, ramai menitipkan doa buat Allahyarhamah Siti Hawa agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Ujar mereka;

“Semoga ALLAH kurniakan kekuatan serta kesabaran buat ain dan adik-adik sekeluarga.”

“Innalillahi wainna ilahi rojiun semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman al-Fatihah dan salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah Siti hawa Sidek.”

Iklan

“Salam Takziah buat sahabatku Siti Hawa Sidek.. penderitaan mu sudah berakhir… semoga Kau tenang di sana…”

“Patutlaa lama tak nampak konten ain dengan mama. Al-Fatihah buat mama Ain semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.”

“Salam takziah adik Ain, jaga adik baik-baik ye. Kuat tau terkejut dengar berita ni. Suka dengan VTT arwah mama ngan Ain.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.