NAMPAKNYA ramai selebriti dan pempengaruh media sosial mengambil peluang keemasan selepas minggu raya untuk menunaikan umrah di Tanah Suci.

Tak terkecuali, jutawan sempoi yang terkenal dengan jenama Sambal Yet Berapi, Khairul Aming (KA) turut dikhabarkan mengambil pendekatan sama.

Berita gembira tersebut dikongsikan sahabatnya yang juga personaliti media sosial dan YouTuber, Azfar Heri di akaun peribadinya semalam.

Video pendek berdurasi 15 saat itu memperlihatkan Khairul Aming atau pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamaruzaman tersebut sedang bersalaman dengan kenalannya.

umrah

Tak kurang juga kelihatan Azfar memeluk sambil menangis dan mendoakan Abang KA mendapatkan umrah yang mabrur.

Lagu dendangan Nazwa Maulidia yang berjudul Allah Allah Aghisna menjadi muzik latar sekali gus menimbulkan rasa sebak dalam kalangan netizen.

umrah

Rata-rata pengikut influencer tersebut mendoakan usahawan dari Kelantan itu dapat mengerjakan umrah dengan baik dan selamat pergi serta balik.

Tak kurang juga terharu dengan persahabatan antara Azfar dan Abang KA yang sememang tak dinafikan cukup rapat apabila sering berkongsikan video bersama di media sosial.

 

Bagaimanapun komentar yang dikongsikan netizen tak pernah mengecewakan.

Berikut antara komen lucu yang bikin ramai tepuk dahi:

“Sempoi sungguh jutawan..nok naik kapal terbang pakai selipor jah…💪💪.” – @nizadaudshop

umrah

“KA doakan saya kuruss balik tauu, makcik-makcik ingatkan saya mengandung 🥺.” – Shrlyy🤍

“Ni bau-bau lepas umrah terus kahwin ni 😂 By the way tahniah KA.” – @meegorengtomyam

“Next rezeki azpaaa pulak dijemput ke sana aminn! ❤️Semoga dipermudahkan urusan.” – @faredfitry

umrah

“Sekali pandang macam Datuk Red, sekali pandang macam Tony Fernandes CEO Airasia🫠.” – @Asrul Affandi ⸆⸉

“Ramainya orang pergi umrah. Alhamdulillah seronok tengok🥰 saya pun tengah kumpul duit nak pergi lagi🫠.” – @kasih

umrah

“Nasib baik tak guna sound bey soba bey yang ni😂😂😂….Semoga KA dipermudahkan segala urusan di sana.” – @MAPUH MODAL🦁

Iklan

Baca juga Majikan contoh! Khairul Aming tutup kilang bawa 100 staf shopping raya, sampul duit raya tebal jadi perhatian!

“Semoga dipermudahkan urusan KA dan terima kasih sebab bagi peluang beli dendeng dengan sambal nyet tadi penat scroll banyak kali sekian.” – @𝓢𝓪𝓵𝓲𝓷𝓪🎀

umrah

Selain itu, ramai juga mendoakan supaya lebih ramai insan yang berjaya seperti Abang KA dapat peluang untuk menunaikan ibadah di Mekah.

“Semoga Allah jaga & reda selalu dengan setiap perkara yang KA lakukan. Jauhkan daripada hasad dengki manusia. Dipermudakan segala urusan beliau. Ya Allah semoga terlahir lebih ramai KA junior di masa akan datang.” – ⋆ 🦋˚。⋆𝔠𝔦𝔨𝔰𝔲 𝔫𝔞𝔫𝔞°🥀

umrah

Mudah-mudahkan urusan Abang KA dipermudahkan di sana nanti.

Baca juga Wow! 80,000 produk baharu Khairul Aming sold out dalam 3 minit, cipta rekod sales 1 juta terpantas TikTokShop Malaysia

Iklan

Mesti ramai teringin nak jejak kaki ke Mekah. Insya-ALLAH satu hari nanti apabila diizinkan ALLAH, semua yang kita plan menjadi.

umrah

Apapun, jangan lupa kumpul duit daripada sekarang sebab sudah banyak agensi travel menawarkan pelbagai pakej menarik yang kena dengan bajet.

Okey! SinarPlus juga mendoakan semua rakyat Malaysia yang juga menunaikan umrah dapat pulang dengan ibadah yang mabrur. Amin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!