Si Comel berdoa sebab perut boroi sangat, takut meletup

Si Comel berdoa sebab perut boroi sangat, takut meletup
Si Comel berdoa sebab perut boroi sangat, takut meletup
A
A
A

COMEL! Memang comel selepas melihat sebuah klip video berdurasi 37 saat yang kini semakin tular di media sosial yang memperlihatkan seorang kanak-kanak lelaki sedang berdoa agar perutnya tidak meletup kerana boroi.

Lumrah kanak-kanak, mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya.

Pemikiran mereka juga masih suci dan kalau disakat senang sangat nak percaya tambahan pula yang menyakatnya si ibu.

Melalui video tular kanak-kanak tersebut dilihat si ibu menyakat anaknya yang mendakwa jika makan terlalu banyak perut akan semakin boroi dan lama kelamaan akan meletup.

Si anak bulat-bulat mempercayai kata-kata si ibu dan segera berdoa agar perutnya tidak meletup dan berjanji untuk tidak makan dengan banyak lagi.

Kalau korang tengok sendiri video tu memang sangat comel. Maknya pun boleh tahan bab menyakat sampai banjir la air mata budak comel tu. Haha!

Jom kita layan video adik comel ni :

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga turut terhibur menonton gelagat kanak-kanak lelaki itu.

Bertabahlah dik. Kalau tak hilang juga gendut tu lepas dah diet boleh cuba workout pelan-pelan. Tapi jangan lupa ajak mak tu sekali workout sama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca