'Siapa kata orang Cina kita tak sayangkan bahasa Malaysia?'

A
A
A

NAK marahkan pelayan wanita yang bekerja di sebuah restoran francais antarabangsa tak tahu berbahasa Inggeris, sekali diri si pengadu yang 'disekolahkan' warganet.

Kisah tular sejak beberapa hari lalu hingga sekarang ini apabila pelayan terbabit didakwa hanya menggunakan bahasa Melayu ketika mengambil pesanan pelanggan. Pengadu lelaki tersebut dikatakan tidak berpuas hati apabila rakannya dari China tidak memahami bahasa itu menyebabkan kononnya sukar memesan makanan yang dikehendakinya.

Pengadu memuat naik posting ketidakpuasan hatinya itu di laman sosial:

 

Begitupun, sekali rupanya ramai yang geram dengan lelaki tersebut. Bukan dalam kalangan orang Melayu yang marah ya... Sebaliknya ramai yang berang dengan lelaki berkenaan rata-ratanya terdiri dalam kalangan orang Cina sendiri.

Ramai mempertikaikan sebagai orang Malaysia, dialah sepatutnya yang menterjemahkan bahasa Malaysia tersebut kepada rakan dari luar negaranya itu.

Selain itu ramai juga orang Cina kita yang tidak berpuas hati dengan pengadu berkenaan. Bacalah komen di bawah...

 

Pengadu mengakui walaupun dia orang Malaysia, tetapi tidak tahu berbahasa Malaysia.

Hantaran tangkap layar itu dimuatnaik pengguna Facebook, Adam Chow:

"Siapa kata Cina Malaysia tak sayang bahasa Malaysia kita...

Syabas kepada netizen yang marah bangang tu...

#WellDone

#ProtectOurBahasaMalaysia

#SohaiRacistKenakecam," tulisnya di postingnya.

Rupanya pengadu sendiri 'kantoi' apabila akhirnya mengaku tidak pandai berbahasa Malaysia.

Memang sebagai rakyat Malaysia tak patut jika tak tahu berbahasa Malaysia kan? Macam mana nak jadi rakyat yang sayangkan negara jika asas ini pun kita 'tak lepas' lagi.

Moga 'hentaman' warganet terhadap lelaki tersebut mendapat pengajaran baik buat dirinya dan orang lain. Apa pun sebagai rakyat Malaysia haruslah tahu berbahasa Melayu ya... -AG

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca