#SiBibirMerah: Moga selamat dijumpai, ramai titip doa buat pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

KHAMIS lalu berita gembira buat negara apabila seorang pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) kategori orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, berjaya menawan puncak Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut.

Hawari berjaya sampai di puncak pada jam 3.30 petang (waktu Nepal) dan kejayaannya itu turut dilaporkan media online tempatan Nepal, The Himalayan Times (THT).

Baca juga Hilang selepas hiking, misteri kematian pasangan suami isteri, anak dan haiwan peliharaan akhirnya terjawab

Pun begitu, sehari selepas kejayaannya itu, Muhammad Hawari dilaporkan telah hilang pada Jumaat.

Memetik laporan berita daripada media tempatan Nepal, The Himalayan Times (THT) pada Sabtu, Muhammad Hawari berjaya menawan puncak Everest pada Khamis sebelum dilaporkan hilang melalui portal berita berkenaan pada Sabtu.

Muhammad Hawari berasal dari Pulau Pinang dan kini bertugas di Muzium Pulau Pinang.

Menurut Pengarah Pioneer Adventure Pvt Ltd, Nivesh Karki, Muhammad Hawari dilaporkan hilang pada pagi Jumaat selepas berjaya menawan puncak gunung berkenaan dan turun berehat di kem empat.

Baca juga Had maksimum yang dibenarkan untuk berkhemah, ‘kaki hiking’ wajib ambil peduli

Awang Askandar (dua dari kanan) meninggal dunia hari ini selepas terjatuh ketika mendaki ke puncak Everest. FOTO Ihsan ME 2023.

Ujarnya, usaha pencarian sedang giat dijalankan termasuk menyampaikan mesej ke semua kem sama ada Muhammad Hawari ada berteduh di khemah lain.

Menurut sumber, Muhammad Hawari dilaporkan keluar dari kem empat secara bersendirian pada awal pagi tanpa pengetahuan malim gunung.

Iklan

Pada 2 April lalu, misi ME 2023 disertai oleh Muhammad Hawari dan tiga pendaki lain melibatkan ketua misi, Azim Afif Ishak, 35; Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55 dan Tiong Ling Yang, 30.

Selain itu, Bibir Merah ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, dilaporkan berhadapan masalah kesihatan selepas tidak dapat meneruskan misi menawan Everest ketika berada di paras 8,000 meter dari aras laut. Awang Askandar meninggal dunia di kem empat pada 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 waktu Malaysia) pada Jumaat.

Justeru, orang ramai ayuh kita berdoa agar Muhammad Hawari selamat dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dipermudahkan segalanya.

Iklan

Baca juga Ini amalan doa masuk hutan, wanita suka ‘hiking’, berkhemah, berkelah wajib tahu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.