#SiBibirMerah Rezeki 1 Ramadan, Ebit hadiahkan wanita bawa makcik naik motosikal roda 3 kereta ‘cash’

A
A
A

SATU hadis Rasulullah SAW menyatakan seorang Muslim dikira tidak beriman seandainya tidak mengasihi Muslim yang lain.

Hati orang beriman perlu sentiasa mempunyai nilai kasih sayang dan sikap keprihatinan.

Betapa pentingnya berbuat baik kepada orang lain seperti kepada ibu bapa, saudara- mara, jiran tetangga, tetamu dan sahabat.

Terutamanya kepada golongan yang mencapai usia yang lanjut dan uzur memerlukan orang lain mengurus dirinya kerana pergerakan dan kudratnya terbatas.

Bibir Merah tersentuh dengan keprihatinan aktivis masyarakat, Ebit Lew yang menghulurkan bantuan kepada seorang wanita di Terengganu.

Difahamkan wanita itu menjaga ibu saudaranya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dan menjadi ‘viral’ di laman sosial baru-baru ini.

Videonya tular baru-baru ini di pelbagai platform laman sosial menyebabkan ramai bersimpati.

Lebih menyentuh hati, wanita tersebut dikatakan sanggup membawa ibu saudaranya bersama setiap kali keluar menghantar aiskrim potong saban hari.

Baca juga: Hanya Tinggal Tangga, Ebit Bina Rumah Baru Buat Nenek Rohana

Menurut Ebit, wanita tabah itu pernah menyambung pelajaran ke peringkat sarjana tetapi ia terhenti kerana keadaan kewangan dan tanggungjawab menjaga makciknya yang sakit.

Menurut Ebit, wanita berkenaan dikatakan suka berdikari dan tidak suka bergantung kepada sesiapa.

“Rasa sebak dan syukur. 1 Ramadan kami dapat hadiahkan kereta Perodua Bezza baru untuk kakak yang viral kebaikannya menjaga makciknya yang merupakan dengan bawa berniaga ke mana-mana dalam motor roda tiga di Terengganu.

“Syukur kepada ALLAH selepas Subuh terus ke Terengganu. Sampai tadi kakak ini terkejut dan gembira. Saya terus bawa kakak ini beli kereta dekat Perodua Kuala Terengganu.

“Jika ada yang ingin membantu boleh beri aiskrim potong jualannya untuk anak yatim atau majlis buka puasa,” titip Ebit menerusi laman sosial Instagram rasminya.

Bibir Merah berharap kisah dermawan Ebit Lew dan wanita ini dijadikan inspirasi dan contoh kepada kita semua.

Kasih sayang kepada saudara, saling ambil berat, sentiasa inginkan orang lain mendapat kebaikan adalah antara perkara yang dizahirkan melalui sikap prihatin sesama insan.

Apabila seseorang memerlukan pertolongan, hulurkanlah bantuan dengan seikhlas hati.

Malah Rasulullah SAW pernah bersabda “Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka ALLAH akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim).

Setiap individu adalah istimewa dalam cara yang tersendiri. Bibir Merah yakin kita mempunyai peranan masing-masing di dunia ini.

Justeru, mainkan peranan kita sebagai khalifah dengan melakukan kebaikan sesama insan.

Baca juga: Jutawan 'Low Profile' Miliki Hotel Mewah 42 Tingkat Di Tengah Kuala Lumpur

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca