BERITA dua adik beradik pergi sekelip mata, maut dalam kebakaran di di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru meruntun hati rakyat Malaysia.

Tidak dapat membayangkan perasaan ibu bapa kepada mangsa, Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, dan Nurul Hawa Zafira Muhammad Fikri, 2, apabila dua permata hati  dijemput kembali dalam keadaan yang begitu tragis.

Bapa, Muhammad Fikri Abdul Mubian, 28, tidak menyangka dua anaknya itu ‘hilang’ sekelip mata. Malah isteri, Nurul Ain Najihah Zulkifli, 27, masih trauma.

“Isteri ada cerita anak-anak baru lepas mandi dan makan, dia pergi buang sampah tidak sampai 15 minit perkara ini berlaku. 

“Tidak boleh dijangka, saya pun tidak boleh buat apa-apa dan tidak boleh hendak salahkan sesiapa, memang ajal macam ini saya kena terima,” katanya yang bekerja ketika kejadian.

Baca juga: Di mana Jude Angel? Bayi 18 bulan hilang di Beaufort, Sabah belum ditemui

Baca juga: Kanak-kanak maut disengat obor-obor di Pulau Pangkor, 6 info haiwan berbisa ibu wajib tahu

Kredit foto: Bernama

Baharu menyewa empat bulan di rumah berkenaan, Muhammad Fikri merancang untuk berpindah dari kawasan itu kerana tidak mampu menahan kepedihan susulan kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua anaknya.

Bibir Merah benar-benar simpati kepada pasangan ini, diuji kehilangan dua anak sekali gus pastinya memeritkan. Semoga mereka dikurniakan ketabahan.

Berikutan kes yang menimpa dua adik beradik itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat menasihatkan ibu bapa agar sentiasa memastikan tahap keselamatan di rumah terutamanya barangan elektrik berada dalam keadaan balk.

“Ambil pengajaran daripada apa yang berlaku semalam, polis buat siasatan juga ditakuti ada elemen jenayah boleh disiasat,tetapi kita percaya elemen itu tiada,” katanya.

Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun rentap tangan melulu lintas jalan cetus kemalangan, 8 tip ini ibu bapa perlu tahu

Baca juga: Kanak-kanak pun ada migrain? Ini 7 cara paling baik bantu si kecil atasi penyakit ini

Bibir Merah berharap kejadian ini menjadi pengajaran, khususnya golongan ibu bapa dan mereka yang bergelar penjaga kanak-kanak. Hanya kepada kita insan-insan kecil ini mengharapkan perlindungan.

Kempen Keselamatan Kanak-Kanak di Amerika Syarikat (AS) membataskan hanya kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas boleh ditinggalkan sendirian di rumah. Manakala bagi sesetengah negeri di sana terdapat had umur tersendiri seperti Illinois, 14 tahun, Maryland, lapan tahun manakala Oregon, 10 tahun.

Bukan sahaja ditinggalkan sendirian di rumah, kanak-kanak tidak boleh dibiarkan sendirian tanpa pengawasan sama sekali.

Iklan

Menurut Jabatan Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial AS, kanak-kanak tidak sepatutnya ditinggalkan di dalam kereta, taman permainan atau di mana sahaja tanpa pengawasan.

Baca juga: Kes remaja, wanita dan kanak-kanak hilang sering berlaku, ini prosedur melaporkan

Baca juga: Main belon dinosaur dibeli ibu, kanak-kanak 5 tahun maut ‘keracunan helium’

Hal ini kerana kanak-kanak pada di bawah umur berkenaan tidak dapat menentukan yang mana selamat dan yang mana tidak. Mereka lebih mementingkan keseronokan sendiri seperti bermain berbanding keselamatan diri sendiri.

Selain umur dan kematangan, kanak-kanak perlu didedahkan dengan kemahiran tertentu apabila berdepan situasi kecemasan. Semoga kes sebegini tidak akan berulang lagi.

Iklan

Baca juga: Kanak-kanak normal pun boleh ada ciri autisme, ini mak-mak perlu perhatikan

Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun maut, ibu bapa cuai tertinggal 6 jam dalam kereta suhu 35 darjah Celsius

Sumber: Bernama, childwelfare.gov

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan