BIASA bukan burung bersarang di rumah-rumah? Lazimnya haiwan itu akan bertenggek sama ada di atap depan rumah, hujung balkoni  dan di sudut-sudut tertentu hingga akhirnya beranak-pinak di situ.

Kata orang, burung yang pilih bersarang di rumah seseorang bermakna membawa rezeki buat penghuni ataupun rumahnya kategori ‘sejuk’.

Namun begitu, ada pula berpandangan burung yang bersarang itu bukan saja membuang najis, tapi ada kutu dan hanya bawa masalah lebih besar.

Dikhabarkan susah nak dibersihkan kutu tu melainkan korang guna khidmat pest buster.

Selain tak cantik dipandang, ada yang mendakwa najisnya mengandungi banyak hama dan kuman yang boleh menjadi punca penyakit kulit atau kudis.

Justeru, bagi yang terpaksa mengambil langkah menjauhkan najis haiwan tersebut dengan perlu mengalihkan ‘port’ yang menjadi sarangnya, berikut SinarPlus senaraikan petuanya. Ia daripada pendapat dikongsikan ahli page Facebook Kelab Kaki Deko:

1) Buatkan sarang ganti

Kejam kalau hendak memusnahkan sarangnya begitu sahaja. Apa kata cuba gantikan dengan buat sangkar yang untuk burung-burung ni. Letak di tempat sesuai yang tidak jauh dari rumah.

2) Perasap kotak telur

Burung dikatakan tidak suka dengan tempat selalu orang bakar-bakar dan berasap. Bakar kotak telur. Biar berasap.. Nanti Ia akan pindah tempat lain.

3) Sembur minyak wangi atau sapu minyak hitam

Tempat selalu menjadi tempat bertenggeknya itu spray kan minyak wangi atau sapukan minyak hitam. Ia juga dikatakan tak suka tempat bau wangi.

4) Letak jaring

Letakkan jaring pada tempat burung ni bertenggek. Jala ikan pon boleh, jaring plastik pun boleh. Kadang kalau burung merpati najisnya didakwa mengandungi toksik,  besi pun boleh karat… Jadi terpaksa jika mahu ia dilindungi.

5) Letakkan bird spike

Cuba letakkan Daiso bird spike. Jaring-jaring tajam ini boleh menakutkan si burung.

6) Bakar bulu pelepah

Ada juga yang berkongsi petua kutip pelepah sayapnya yang jatuh, kumpulkan lebih kurang 10 ke 20. Kemudian bakar bulu pelepahnya dalam bekas tahan panas. Kumpul abunya letak dalam plastik ikat kemas. Kemudian gantunglah di tempat-tempat yang ia suka duduk tu.. InsyaaALLAH

7) Guna kapur barus

Boleh juga gunakan kapur barus. Hancurkan, buat seperti air sabun. Sembur di tempat burung tu. Bila agak dah kering, letakkan air kapur barus berhampiran sarang itu.

8) Letak CD terpakai

Iklan

Gantung tempat bertenggek tu dengan CD terpakai. Dikhabarkan, bila pandangan matanya terganggu, burung tu tak jadi la lepak kat tempat tu

9) Ular palsu

Petua ni agak mencuit hati, tapi tak salah cuba ya. Beli ular palsu dan gantung kat tempat burung tu bertenggek.

10) Gantung plastik

Ada juga yang menyarankan supaya menggantungkan plastik. Nanti burung ingat ia perangkap selain bila kena angin, bunyi yang kadang macam ular dikatakan boleh menakutkan burung. Wallahualam.

11) Sentuh dan simen

Iklan

Tak payah buat apa… tunggu anak dia dah boleh terbang.. sentuh sarang tu pakai tangan. Kalau ia dah hidu bau manusia, biasanya ia takkan datang balik. Pastikan tiada telur atau anak, sebab nanti ibunya akan tinggalkan begitu saja anak-anak atau telurnya. Tutup semua tempat ia buat sarang dan bertenggek.  Simen ke.  Asal tiada tempat tenggek.

Apa pun niat kita ‘menghalaunya’ seharusnya betul. Bukan mahu menyiksa haiwan ini.

Hidup ini jadilah seperti pokok yang rendang supaya makhluk ALLAH yang lain dapat menumpang teduh. InsyaAllah haiwan pun mendoakn keselamatan tempat ia menumpang.

Mungkin asbab haiwan itu kita terlindung daripada bahaya dan turunnya rahmat-NYA. Rumah terpilih!

Moga bermanfaat! -AG #JanganPutusAsaMalaysia

Foto: Alf Azhm Hj Shmsddn