DUNIA pendidikan sememangnya cukup sinonim dengan nama model, pelakon dan penyanyi popular, Dr. Soo Wincci.

Terbaru Soo Wincci, 37, melakar sejarah tersendiri apabila menjadi Miss World Malaysia pertama dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik.

Pencapaian tersebut sekali gus melayakkan penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Terus Teranglah itu mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) pada 1 April lalu.

Menurut Soo Wincci, pelantikan itu menjadi fasa baharu dalam hidupnya untuk terus memberi inspirasi kepada generasi muda agar sentiasa mengutamakan pendidikan.

“Beberapa tahun ini kita semua betul-betul diuji. Bak kata pepatah apa yang tak dapat memusnahkan kita, akan menjadikan kita lebih kuat.

“Ini memang bukan April fool, tetapi pada tarikh itu saya secara rasminya dilantik sebagai Profesor Madya. 

“Bermula daripada seorang ratu cantik sekarang satu demi satu langkah ke alam profesor. Ini merupakan satu bab baharu buat saya,” ujarnya.

Baca juga: Bukan Calang-Calang, Skil Tiupan Kaca Kamarul Faizy Bawa Imej Malaysia Ke Persada Dunia

Selebriti kelahiran Kuala Lumpur itu  kini merupakan pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam subjek produksi muzik dan perniagaan.

Soo Wincci sebelum ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang Undang dari University of Reading, United Kingdom, Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Perniagaan (Universiti Terbuka Malaysia).

Diikuti pengajian untuk ijazah sarjana keduanya dalam bidang Teknologi Muzik Produksi dan Inovasi serta Ijazah Pasca Sarjana Fellowship dalam Produksi Muzik dari Universiti Berklee Valencia, Sepanyol.

Iklan

Dalam pada itu, Soo Wincci yang juga merupakan salah seorang Ikon Islamic Relief Malaysia akan terus mengejar impiannya untuk mengembangkan kerjaya di peringkat antarabangsa.

“Saya tidak akan melupakan negara biar di mana pun saya berada. Dalam masa sama, saya juga tidak lepaskan pasaran antarabangsa

“Jangan menyerah kalah terhadap impian anda dan sentiasa bangkit lebih kuat selepas setiap kejatuhan,” katanya yang masih berulang-alik ke Sepanyol menguruskan pengajian dan kerjaya di sana.

Baca juga: Dahulu Ikut Abah Meniaga Pasar Malam, Kini Muncul Antara 10 Wanita Hebat Di ASEAN

Iklan

Baca juga: Inspirasi! Setahun Jual Sambal Raih RM7.5 Juta, Khairul Aming Buka Kilang Di Kelantan

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI