Suhaimi Sulaiman dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, 6 info berkaitan

A
A
A

Suhaimi Sulaiman dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, 6 info berkaitan

PENGGIAT media terkemuka, Suhaimi Sulaiman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia yang baharu.

Pelantikan tersebut diumumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, menerusi hantaran di Facebook miliknya.

Dalam posting tersebut, Fahmi turut merakamkan ucapan tahniah selain mengatakan Suhaimi mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran serta pernah berkhidmat di Kumpulan Media Sarawak, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Astro Awani dan Media Prima.

"Insya-ALLAH dengan kepakaran beliau akan terus memacu kecemerlangan dan memberi suntikan baharu buat Jabatan Penyiaran Malaysia," tulisnya.

Baca juga Chelsia Ng sedia terima cabaran baharu, sasaran berbeza untuk tahun 2023

Kredit foto: FB Fahmi Fadzil

Sementara itu, berikut info menarik mengenai Suhaimi;

1. Dilahirkan di Melaka pada 15 Mei 1962. Mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak, seterusnya menyambung bidang Pentadbiran Perniagaan di Portland State University sebelum melengkapkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti City di Bellevue di Washington.

2. Memulakan kerjaya sebagai seorang pegawai bank korporat dan runcit di Bank of Commerce Berhad (kini dikenali sebagai CIMB Berhad) pada tahun 1987. Pada tahun 1990, menyertai saluran televisyen Malaysia, TV3 sebagai seorang wartawan dan penolong penerbit. Jawatan terakhirnya di TV3 ialah Pengurus Pembangunan dan Penciptaan Kandungan, beliau meninggalkan TV3 pada awal tahun 2003.

Baca juga Peraduan Syoknya 25 Tahun PTPTN Kategori Digital mendapat sambutan hangat

3. Pada tahun 2007, menyertai satu usaha permulaan untuk melancarkan saluran berita 24 jam pertama Malaysia, Astro Awani, di mana beliau adalah seorang ahli pasukan perintis yang memulakan saluran berita 24 jam pertama di Malaysia.

4. Suhaimi berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan penyiaran, beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro AWANI.

5. Pada Ogos 2020, Ketua Menteri Sarawak (kini Premier Sarawak), Abang Johari Tun Openg melantik beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group.

6. Pada 24 Februari 2021, Universiti Kebangsaan Malaysia melantik beliau sebagai 'Profesor Adjung' di Pusat Kajian Media & Komunikasi.

Tahniah diucapkan!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca