Sultan Johor hadiah kereta kepada pengarah hospital dan doktor

BAGI menghargai perkhidmatan kakitangan hospital, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini mengurniakan kereta kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kakitangan Wad Diraja HSA.

Menerusi hantaran di Facebook, Sultan Ibrahim bertitahpengurniaan itu adalah sebagai penghargaan atas dedikasi, komitmen serta profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.

Antara yang menerima kenderaan kurniaan baginda itu adalahPengarah HSA, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad, Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Dr Ismail Jumali dan Pegawai

Iklan
Iklan

Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia, Dr Mohd Firdaus Shamsuddin, yang masing-masing menerima sebuah Proton X70.

Selain itu, Ketua Penyelia Jururawat, Sarinah Sukor dan Penyelia Jururawat, Fauziah Sulaiman masing-masing menerima sebuah Perodua Myvi.

Baca juga [VIDEO]Alahai comelnya 4 beradik tunggu adik kembar balik di muka pintu

Kenderaan-kenderaan tersebut diserahkan oleh Datuk Perdana Dalam, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa selaku wakil Sultan Ibrahim.

Dr Mohtar berkata, pihaknya menjunjung kasih kurniaan keretayang dihadiahkan Sultan Johor.

“Patik memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kurniaan baginda ini kepada patik dan kakitangan HSA.

“Patik mendoakan Tuanku serta Kerabat Diraja sentiasa sihat sejahtera. InsyaAllah, kami akan terus berikan perkhidmatan terbaik kepada Tuanku sekeluarga serta rakyat jelata,” katanya.

Perkongsian berkenaan menjadi perhatian rakyat yang rata-rata mendoakan kebaikan buat Sultan Ibrahim yang sangat berjiwa rakyat.

Zamili Nordin – Alhamdulillah Tuanku.. Daulat Tuanku. Patik rakyat Perak amat teruja dengan sifat menghargai DYMM Tuanku. Patik faham kenapa ramai dalam kalangan rakyat Johor sayangkan Tuanku. Daulat Tuanku.. Hargailah institut DiRaja Johor wahai Bangsa Johor.

Penji Jena – Only our Johor Sultan will do such thing. Only our Johor Sultan knows how to appreciate his people May Allah bless him and his family with long lives, good health and greater wealth.

Noorhashima Zainal Abidin – Alhamdulillah… Sejahtera buat Tuanku atas kurniaan yang amat ikhlas. Syukur buat yang menerima semoga terus memberikan khidmat tanpa mengira bangsa dan agama.

Zulkiply Endut – Satu penghormatan atas dedikasi barisan hadapan, terbaik…Daulat Tuanku!

Haikal Toretto – Terbaik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi sumbngan kepada mantron hospital.

Zauriah Mohd Ali – Alhamdulillah… Saya bangga menjadi orang Johor. Semoga kemurahan hati Tuanku Sultan menjadi teladan kita semua dalam memberi infaq.

Sebelum ini, baginda turut mengurniakan kereta Myvi kepada 10 Jururawat Wad Diraja HSA pada September lalu.

Tahniah semua!

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Pasrah hilang jari ketika daki Puncak Mera, ratu cantik Malaysia ‘move on’, mahu teruskan misi tawan gunung lain

  ALANG-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Meskipun kehilangan salah satu jari kaki…

3 hours ago

Harapkan yang baik-baik untuk diri & anak, Irma Hasmie enggan kongsi lanjut perkahwinan Redza Syah Azmeer

PELAKON dan pengacara Irma Hasmie menjadi perhatian ramai susulan berita perkahwinan suami, Redza Syah Azmeer…

3 hours ago

Kepala bayi songsang terputus akibat dipaksa bersalin normal, ibu cerita detik cemas. 10 info kehamilan songsang anda perlu tahu

KETERUJAAN menyambut cahaya mata bertukar duka bagi pasangan ini apabila bayi yang dinanti-nantikan maut dalam…

5 hours ago

Tahniah! Syafiqa Melvin hamil 4 bulan, warga maya puji seri ibu mengandung

SIAPA yang tidak kenal dengan empat orang adik-beradik daripada 'utagha' (Utara) iaitu bekas pengacara Siti…

7 hours ago

Nak cantik cepat, lain pula yang dapat. Rawatan muka drakula punca 4 wanita ini dijangkiti virus HIV

SUDAH banyak rawatan muka di dunia ini yang terbukti berkesan untuk menjadikan wanita kekal cantik…

10 hours ago

Ustaz Don Daniyal meriahkan majlis KinderHive Riang Raya dan Soft Launch 2024, sasar 50 pembukaan outlet di seluruh tanah air

KinderHive baru-baru ini mengadakan majlis “KinderHive Riang Raya & Soft Launch 2024” bagi pusat didikan…

11 hours ago