Sweetnya! Suami tersasul panggil nama, penyampai berita wanita profesional, tetap fokus waktu kerja

A
A
A

SUAMI isteri bertugas sebumbung atau saling bekerja sama dalam urusan kerja selalu tampil profesional. Seperti pasangan penyampai berita yang telah meraih perhatian warga maya baru-baru ini.

Sementelah apabila berada di hadapan lensa, segala tutur kata dan gerak geri mereka menerusi slot berita yang dipancarkan secara langsung di kaca televisyen menjadi perhatian ramai.

Pasangan penyampai berita, stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Mohd Nazri Fahmie dan Samsia Samsi tular selepas sebuah video yang memaparkan kedua-dua mereka sedang menyampaikan slot Berita Wilayah 'viral' di laman sosial TikTok .

Baca juga: Dedah aib suami isteri, 'unboxing pengantin'  jadi trend kini undang kecaman

Baca juga: Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang

Kredit foto: TikTok Samsia Samsi

Video berdurasi lebih lima minit itu meraih 2.4 juta tontonan dan 126,000 tanda suka hanya dalam tempoh 24 jam dikongsikan.

“Sampai tersasul husband panggil nama kita,” titip Samsia yang juga bertugas sebagai penyampai berita radio RTM.

Aksi pasangan itu mencuit hati warga maya. Malah ada yang mendakwa Nazri tersasul menyebut ‘silakan sayang’ ketika ingin menyerahkan tugas kepada Samsia walhal lelaki itu menyebut nama mesra isterinya, ‘Sam’.

Kredit foto: TikTok Samsia Samsi

Baca juga: Mulianya hati pasangan suami isteri ini, beri percuma nasi bajet RM2 untuk bantu orang susah

Baca juga: Cinta hujung nyawa, suami isteri meninggal dunia tempoh 48 jam

Kredit foto: Instagram Samsia Samsi

Ruangan komen menjadi medan usikan netizen buat Samsia dan suami.

- “Sedapnya suara suami isteri ini.”

- ”Sweet suami isteri, kerja tempat sama.”

- “Sebut nama isteri tersasul jadinya.”

- “So sweet. Oklah kak, bertugas dengan suami. Semoga kekal ke akhir hayat.”

Samsia dan Mohd Nazrie Fahmie yang turut bertugas sebagai juruhebah radio KLfm mendirikan rumah tangga pada Mac 2018.

Perkenalan pasangan itu selama sedekad di Jabatan Penyiaran Selangor membawa ke jinjang pelamin. Perkongsian hidup selama empat tahun dikurniakan dua orang cahaya mata.

Baca juga: [VIDEO]Suami isteri beli kereta Kancil guna pengeluaran khas KWSP runtun hati ramai

Baca juga: 23 tahun berkahwin belum miliki kad nikah, suami isteri nyaris ditangkap basah di hotel

Sumber: TikTok, Instagram Samsia Samsi, Youtube Berita RTM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca