“SAYA benar-benar faham akan perasaan Ziyad kerana saya sendiri pernah ditarik kemenangan pingat Emas di Sukan Komanwel New Delhi 2010 dahulu.”

Begitu ungkapan kata-kata semangat oleh jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang buat atlet paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli.

Pemenang pingat perak di Olimpik Tokyo baru-baru ini itu turut berharap agar jaguh lontar peluru paralimpik negara itu bersabar dengan dugaan dihadapinya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Azizulhasni mengucapkan jutaan tahniah di atas prestasi cemerlang memecahkan rekod dunia yang ditonjolkan di Sukan Paralimpik Tokyo.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Memang sudah di atas kertas yang Ziyad adalah juara malah memecahkan rekod dunia bukan sesuatu yang mudah.

“Namun saya berharap Ziyad bersabar dengan ujian yang terpaksa dihadapi sekarang ini, sudah tentu ianya bukan suatu keputusan yang mudah untuk diterima,” ujarnya.

Ziyad

Iklan

Menurut Azizulhasni, itulah realiti dunia sukan.

Iklan

“Ini realiti dunia sukan. Pelbagai perkara yang diluar jangkaan boleh berlaku. Kadang-kadang ianya adalah kerana kesilapan kita, dan kadang-kadang pula boleh jadi kesilapan dari pihak lawan.

“Jangan terkejut jika pihak pengadilan juga melakukan kesilapan kerana ia memang sentiasa berlaku di dalam dunia sukan ini. Mereka adalah manusia dan kita juga adalah manusia. Manusia memang tidak lari daripada membuat kesilapan,” coretnya.

Artikel berkaitan: “Saya Minta Maaf Pada Semua Rakyat Malaysia” – Ziyad Zolkefli

Azizulhasni turut menasihati agar dapat menerima qada’ dan qadar, tidak berputus asa dan terus maju ke hadapan.

“Sudah tentu saya pun berharap agar bantahan dari pihak Malaysia akan diterima dan Ziyad dapat pingat emas yang memang kepunyaan Ziyad itu.

“Semua yang berlaku adalah ketentuan ALLAH dan mungkin ada hikmah besar di sebaliknya. Kami rakyat Malaysia semua tahu yang Ziyad adalah juara yang sebenar dan pingat emas itu telah dirampas secara terang-terangan,” katanya.