Tahu turunkan hand brake, fungsi pedal minyak, gear undur, kanak-kanak 6 tahun memandu di Langkawi buat netizen terkejut

A
A
A

Tahu turunkan hand brake, fungsi pedal minyak, gear undur, kanak-kanak 6 tahun memandu di Langkawi buat netizen terkejut

BERITA kanak-kanak enam tahun memandu dengan membawa adik berusia tiga tahun sehingga kemalangan di Langkawi menjadi tumpuan ramai.

Masakan tidak, pada usia semuda itu kanak-kanak berkenaan berjaya memandu kenderaan jenis Toyota Vios sejauh 2.5 kilometer dari rumah.

Baca juga:‘Saya nak pi kedai’. Kanak-kanak 6 tahun memandu bawa adik 3 tahun di Langkawi, ini kronologinya

Dalam perkembangan terbaru, siasatan polis mendapati kanak-kanak berkenaan sebenarnya tahu asas pengendalian kenderaan itu termasuk fungsi pedal minyak dan gear, menurunkan brek tangan (hand brake).

Tidak hanya itu, si kecil itu juga menunjukkan cara menghidupkan enjin dan dapat menghidupkan enjin apabila diminta.

Baca juga: Rupanya panjat kerusi ambil kunci, ibu bapa cerita kejadian kanak-kanak 6 tahun pandu kereta

Rakaman dashcam juga mendapati pemanduan kanak-kanak itu tidak begitu stabil ketika malam kejadian.

Ujar mereka:

- “Hebat adik ni, ada orang dewasa dah dapat lesen pun tak berani bawa kereta.”

- “Skill sudah ada. Boleh latih dan gilap .”

- “Saya salute dengan confident level adik tu. Tenang dan tak gemuruh.”

- “Memang ada budak jenis cepat belajar walau hanya menerusi pemerhatian, cuma mak ayah kena lebih berhati-hati.”

- “Adik ni sebenarnya hebat. Cuma perlukan panduan dan nasihat.”

- “Jangan biasakan sambil memandu bagi anak suruh pegang stereng. Kadang-kadang boleh boleh jadi punca.”

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Dengan hasil siasatan sedemikian, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari sekali gus menolak kaitan unsur mistik dalam kes ini.

Terdahulu, kes berkenaan didakwa sesetengah pihak mempunyai unsur mistik apabila rakaman audio perbualan suara kanak-kanak itu yang tidak dapat disahkan kesahihannya menceritakan situasi ketika malam kejadian

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca juga:Tragedi cuti sekolah, kanak-kanak perempuan 2 tahun lemas di kolam renang. Ibu bapa ambil iktibar awasi anak

Sumber: Sinar Harian 1, 2

Kredit foto utama: Freepik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca