Tak boleh tanya soal sewa rumah, isteri nyaris dipukul suami gara-gara ketagih ketum
TERSENTUH dengan satu perkongsian di laman sosial Facebook, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Besut berikutan luahan sang isteri tentang suaminya yang ketagih meminum air ketum.
Menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan menjelaskan suaminya itu minum air ketum sebelum mereka berumah tangga lagi.
Jelas wanita berkenaan suaminya mengambil minuman itu untuk kekal bertenaga apabila bekerja.
Walau bagaimanapun, si isteri menjelaskan tindak-tanduk suaminya itu semakin membimbangkan.
“Sewaktu saya mengandung, saya lihat perubahan ketara suami, dia menjadi semakin panas baran,” ujar wanita itu.
Bahkah, tubuh lelaki itu dikatakan semakin susut.
“Saiz pinggang dari 40 jadi 34. Boleh nampak tulang dah. Selera makan pun kurang,” tambahnya lagi.
Baca juga: Perkara yang boleh dituntut jika ‘flight delay’, isu penerbangan bermasalah Air Asia mohon maaf
Lebih menyayat hati apabila wanita berkenaan menceritakan suaminya itu sanggup berhutang semata-mata untuk membeli air ketum.
Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan juga hampir naik tangan kepada si isteri gara-gara bertanyakan perihal duit keperluan dapur dan duit sewa rumah malahan, stok ketum tidak pernah putus dan sentiasa penuh di dalam peti sejuk.
Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya, rata-rata mereka berkata bahawa meminum air ketum memang boleh buat ketagih.
Ada juga yang berkata air ketum boleh dibuat ubat jika digunakan untuk tujuan yang benar.
“Ketum memang boleh buat ubat, tapi kalau campur bahan yang bukan-bukan dah tak jadi ubat tapi jadi benda lain.”
Berikut 7 fakta berkaitan ketum yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi MyHEALTH:
- Daun ketum sering digunakan sebagai ubat penenang, ubat tahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawatan untuk penagihan heroin.
- Ketum boleh dijumpai dalam bentuk daun segar atau serbuk. Kebiasaannya, daun ketum akan direbus dan diminum seperti meminum air teh manakala, serbuk daun ketum pula digunakan dengan cara diperah dan dicampurkan ke dalam minuman buah-buahan bagi mengurangkan rasa pahit.
- Ketum diharamkan penggunaannya di Malaysia, Australia, Thailand dan Myanmar
- Penggunaan daun ketum boleh menyebabkan berlakunya keganasan, permusuhan, air mata keluar dengan kerap, lenguh otot dan sendi, kerap membuang air kecil dan berisiko menghadapi sembelit.
- Najis berubah menjadi gelap, keras dan kecil.
- Penggunaan daun ketum yang berlebihan dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan gejala seperti seram sejuk, muntah, cirit-birit, mudah marah dan berasa letih.
- Kulit pipi juga boleh berubah menjadi gelap sekiranya penggunaan daun ketum secara jangka panjang.
Jangan cuba untuk mendekati dadah ataupun ketum kerana implikasinya bukan sahaja pada diri sendiri tapi juga orang sekeliling.
Sumber: MyHEALTH
Kredit foto: The Star Online
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang