MENURUT laman web Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), jika terdapat penundaan dan pembatalan penerbangan, syarikat penerbangan berkemungkinan besar perlu menyediakan pampasan bagi membantu pelanggan meneruskan perjalanan.

Bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan, pampasan mungkin merangkumi:

-makanan, panggilan telefon dan akses internet (bagi penangguhan selama dua jam atau lebih);

-penginapan hotel dan pengangkutan (untuk penangguhan selama lima jam atau lebih);

-pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif (jika penerbangan dibatalkan).

Baca juga: Tular kanak-kanak menangis, penumpang mandi peluh, Malaysia Airlines mohon maaf

Kredit foto: Canva

MAVCOM menerangkan satu-satunya pengecualian bagi pampasan di atas adalah apabila berlakunya suatu “keadaan luar biasa” termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangkanya.

Baru-baru ini warga maya yang terdiri daripada penumpang Air Asia menzahirkan rasa tidak puas hati apabila penerbangan mereka dijadualkan semula beberapa kali.

Ia membuatkan pelbagai perancangan tergendala dan memberikan kesan besar kepada para pelanggan.

Antara masalah timbul ialah lewat tiba untuk bekerja selepas cuti Aidilfitri dan tiada makluman rasmi sehingga mereka tiba ke lapangan terbang.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, lapor Bernama pihak AirAsia mengambil maklum dan memohon maaf kepada para penumpang yang telah mengalami kesulitan akibat penjadualan semula beberapa penerbangan disebabkan peningkatan permintaan mendadak pada musim perayaan kali ini.

Tambahnya, antara faktor yang menyumbang kepada penjadualan semula penerbangan semasa musim perayaan ini ialah permintaan untuk penerbangan domestik telah naik secara sangat mendadak dan juga kerana pembukaan sempadan negara sejak 1 April lepas.

Kredit foto: Canva

Ketika ini, keutamaan AirAsia ialah meminimumkan pembatalan penerbangan dan memastikan semua tetamu tiba di destinasi dengan selamat.

Malah, AirAsia Malaysia kini beroperasi hanya dengan 40 pesawat berbanding hampir 100 pesawat semasa prapandemik.

Ini disebabkan giliran menunggu yang panjang untuk kemudahan penyelenggaraan pesawat di Malaysia dan serantau sebelum sesebuah pesawat yang sudah lama tidak beroperasi dapat disahkan selamat untuk terbang semula sepertimana arahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

Iklan

 

Baca juga: Ramai kecewa balik raya RON95 ‘licin’ di stesen minyak, rupanya ini punca

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI