‘Tak lama lagi Gaza musim sejuk,’ Khairul Aming sumbang RM100,000 kepada Palestin

ALHAMDULILLAH! Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming memaklumkan hasil jualan daripada Sambal Nyet berjumlah RM100,000 disalurkan kepada tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Menurut pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman itu sumbangan tersebut datang daripada sokongan rakyat Malaysia terhadap perniagaannya selama ini.

“Sumbangan ini datang daripada sokongan anda semua selama ni. Dalam masa yang sama I want to help CGM untuk penuhkan kutipan derma RM10 juta.

“Yang diperlukan untuk bantuan bahan api, ubat-ubatan, makanan, peralatan mencari dan menyelamat serta lain-lain lagi.

‘Buat masa sekarang sudah RM6 juta terkumpul. Tak lama lagi bumi GAZA akan masuk musim sejuk,” katanya.

Baca juga Inspirasi anak muda! Khairul Aming hanya ada kereta Bezza, tiada aset rumah & loan

Menurut Khairul Aming, sumbangan RM100,000 berkenaan telah diberikan kepada CGM hari ini.

“Kalau anda tak dapat menderma, jangan sesekali risau yang penting kita bantu dengan doa, ambil tahu dan sebarkan kesedaran sebanyak yang mungkin.

‘Semoga perjuangan saudara kita di sana dipermudahkan amin,” katanya dalam platform X.

Mengikut laporan, seramai 300 rakyat Palestin terbunuh pada hari kelapan serangan Israel ke atas Gaza.

Iklan

Jurucakap Ashraf al-Qidra berkata, kebanyakan yang terbunuh pada Sabtu terdiri kanak-kanak dan wanita.

Baca juga Khairul Aming bujang tapi belum bersedia, tak kisah bakal isteri tak pandai masak

“Aku baling senduk baru tau” Khairul Aming bengang ramai scammer jual Sambal Nyet!

Sejak 7 Oktober lepas, Israel melakukan serangan bertubi-tubi ke atas Semenanjung Gaza yang memusnahkan kawasan kediaman.

Iklan

Serangan itu juga menyebabkan ribuan penduduk terkorban dan cedera dengan hampir 40 peratus daripada mangsa terdiri kanak-kanak dan wanita.

Pada Mei 2021, selebriti masakan media sosial ini menyumbang sebanyak RM10,000, kali ini ‘up’ 10 kali ganda lagi! Terbaik anak muda sangat terinspirasi!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!