Tak sangka masih ada orang tinggal dalam kadang lembu - Ebit Lew

A
A
A

TIDAK mampu membina rumah yang musnah dek kebakaran, keluarga ini sanggup bersihkan kandang lembu untuk dijadikan tempat berteduh.

Lebih sedih, mereka tinggal dalam keadaan sempit dan panas selama lapan tahun. Si bapa pula sanggup buat pelbagai kerja demi kelangsungan hidup.

Bukan dia seorang saja membanting tulang, anak lelaki yang masih berusia 12 tahun pun sudah pandai cari duit dengan menolong menjaga kedai orang dengan upah RM10.

ebit bantuan

Perkongsian Ustaz Ebit Lew dalam akaun Facebooknya ternyata membuatkan ramai sebak lebih-lebih lagi dengan keadaan rumah lengkap dengan gambar ‘konvo’ tadika anak memegang skrol.

Terkejut tengok 8 tahun tinggal di kandang lembu. Dibersihkan dijadikan tempat tinggal. Tak sangka ada orang tinggal tempat macam kandang atau reban.

Ya Allah.. Rumah dekat dengan Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu. Rumah dulu terbakar. Panas rumah ini. Sempit tapi bersih kemas. Pasangan suami isteri bersama anak masih kecil.”

Artikel berkaitan: ‘Sebak sayu tadi ziarah To’ki’ : Ebit Lew

Dalam perkongsian sama, penceramah selebriti terkenal itu memohon doa orang ramai supaya dapat memudahkan urusan memindahkan keluarga itu di tempat baharu.

Doakan saya ingin bawa keluarga ini pindah dan mulakan hidup baru demi anak-anak insyaAllah.

Syukur. Alhamdulillah hari ini kami dapat pindahkan keluarga ini ke rumah 2 tingkat cantik sangat di Tumpat. Saya dah bayar deposit dan akan bayar bulan-bulan Insya-Allah.

Saya belikan untuk mereka dan anak-anak. Peti ais, mesin basuh, rice cooker, kipas dll. Beri sedikit duit belanja. Semoga menjadi asbab kebaikan.”

Ternyata ramai warganet terharu dan bersyukur dengan kemuliaan Ustaz Ebit yang sanggup membantu memindahkan keluarga tersebut di rumah yang lebih baik demi keselesaan anak mereka.

ebit bantuan

Rata-rata warganet menitipkan doa yang baik-baik dan memuji keluarga itu yang walaupun tinggal di kandang lembu namun sangat menitikberatkan soal kebersihan.

ebit bantuan

Semoga usaha murni ini berterusan dan dicontohi orang ramai. Barangkali dengan sumbangan dan bantuan seumpama itu dapat membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan.

#janganputusasamalaysia

Sumber: FB Ebit Lew

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca