ISU pengabaian bayi dan kanak-kanak oleh pengasuh sering berlaku dan tidak berkesudahan.

Lebih menyentuh hati apabila ada yang bertindak di luar logik akal terhadap bayi yang kecil.

Video yang memaparkan perbuatan wanita dipercayai pengasuh menarik rambut kanak-kanak dan mencampakkan objek berupa bungkusan ke atas bayi benar-benar mengundang amarah warganet.

Baca juga: Wanita hamil koma dipukul suami selamat lahirkan bayi lelaki, ramai doakan keajaiban

Gambar hiasan: Pixabay

Kejadian yang dipercayai berlaku di di sebuah taska di Bayan Baru, George Town, Pulau Pinang.

Menerusi video berdurasi 44 saat itu terlebih dahulu memaparkan aksi seorang wanita dipercayai pengasuh menarik rambut seorang kanak-kanak lelaki.

Kemudian aksi seorang lagi bertindak mencampakkan objek ke atas bayi yang sedang meniarap.

Video berkenaan dikongsikan bayi ibu berkenaan melalui Facebook Cahaya Naziha Mohd Nhazeri yang telah menerima 1,200 komen dan 8,500 perkongsian.

Baca juga: “Tengah tidur tiba-tiba menangis kuat“ – Ibu cerita detik cemas bayi 4 bulan disengat lipan jam 3.30 pagi

Iklan

Rata-rata warganet kesal dengan tindakan pengasuh tersebut dan meluahkan rasa geram.

Pihak polis difahamkan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Setiap ibu bapa pasti mahukan anak yang ditinggalkan sementara di taska dan pusat jagaan dijaga dengan baik oleh pengasuh.

Iklan

Diharapkan masing-masing menjalankan tugas dengan amanah dan penuh rasa bertanggungjawab.

Baca juga: Warkah terakhir seorang ibu tular, sebelum meninggal dunia titip pesanan memilukan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook Cahaya Naziha Mohd Nhazeri